PERANAN SUAMI MERAWAT EMOSI ISTERI KEGUGURAN

Assalamualaikum w.b.t. Ain pasti emosi suami apabila isteri keguguran amat merentap jiwa. Nampak macho, kacak dan kontrol hensem tetap di dalam hati penuh lara di jiwa. Ketika itu kawan baik Ain keguguran, Ain ada bersembang dengan suaminya. Beliau cuba menahan kesedihan rasa tetapi semasa kami berbual perihal kawan baik Ain, nampak mata dia merah! Dia menangis dalam hati…

Oh pilu nya. Beliau memberitahu depan isterinya dia tak nak tunjuk air mata. Dia kena tunjuk kuat.  Allah.. Kau berikanlah beliau dan isterinya kekuatan. Ameen.. Di sebabkan itu Ain rasa terpanggil nak berkongsi peranan suami nak merawat emosi isteri bila keguguran. Kot-kot boleh membantu..

  • Buang /beri orang semua barang yang di beli untuk bayi ini. Barang-barang ini akan mencetuskan ingatan pada bayi yang di kandung.
  • Cipta kenangan tersendiri dengan bayi seperti menyimpan gambar utrasound bayi, nama panggilan, barang kemas dan lain-lain lagi
  • Selalu berikan kata-kata semangat dan pengubat jiwa kepada isteri.
  • Dapatkan nasihat orang-orang yang terdekat seperti ibu bapa, kawan-kawan dan lain-lain.
  • Sediakan makanan yang sihat dan sedap kepada isteri.
  • Membantu isteri menguruskan diri semasa berpantang
  • Jangan biarkan isteri bersendirian. Apabila bersendirian lebih banyak perkara-perkara tidak elok yang masuk ke dalam fikiran.
  • Sertai kumpulan sokongan yang wanita mempunyai masalah yang sama samada secara online atau offline. Ini dapat memberikan kelegaan emosi apabila mereka bertukar-tukar pendapat dan masalah tentang keguguran mereka.

Macam mana? Boleh buat ke? Jangan tak tahu orang keguguran pun boleh meroyan tau..Jadi sila berhati-hati…

BAGAIMANA CARA BERPANTANG KERANA KEGUGURAN?

Assalamualaikum w.b.t. Tidak semua kehamilan akan berakhir dengan kegembiraan. Merujuk kepada entry sebelum ini iaitu tanda keguguran di awal kehamilan. Keguguran kandungan adalah perkara yang paling ditakuti oleh setiap wanita hamil. Ku harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Rasa fobia amat! Ibarat pengalaman yang mengerikan.

berpantang kerana keguguran

Untuk pengetahuan korang, berpantang disebabkan keguguran lebih susah jika nak dibandingankan berpantang lepas bersalin. Segala-galanya kena perfect 10! Jika korang mengabaikan dan buat tak kisah berpantang lepas keguguran, bersedialah menerima kesakitan! Kejam habis ayat ku ini…

Ok. Meh sini Ain terangkan kenapa penting sangat berpantang lepas keguguran. Sebenarnya semasa kita berpantang ni macam-macam angin akan masuk dalam badan kita. Antara angin-angin yang merbahaya ialah:

  • Angin gugur – Angin ini akan menyebabkan badan bisa-bisa, bisa ari-ari, sakit pinggang, sakit lutut dan alahan makanan.
  • Angin meroyan – Angin yang bahaya yang menyebabkan badan seseorang demam (bentan) sehingga kancing gigi. Angin meroyan berlaku kerana terdapat cebisan fetus yang masih belum di keluarkan dan dibersihkan dengan sempurna. Bila cebisan fetus ini tak dikeluarkan dengan sempurna ia akan menjadi toksin dan menyebabkan jangkitan kuman di dalam rahim. Haaa… tak ke seram tu?

Bagaimana janin yang tidak menjadi di keluarkan?

berpantang kerana keguguran

Ada sesetengah janin ia akan keluar dengan sendirinya tanpa pendarahan. Rasa gesaan macam nak buang besar aje, tiba-tiba janin keluar. Ni pengalaman sepupu Ain. Ada juga janin keluar dengan pendarahan yang berketul ketul sehingga habis. Doktor hanya beri ubat turun darah untuk membersihkan rahim.

Namun begitu bukan semuanya bernasib baik, ada wanita yang keguguran ini perlu melakukan proses D&C iaitu mencuci rahim. Proses ini agak menyakitkan namun doktor akan beri ubat tahan sakit dan di berikan bius. Jangan takut!

Berapakah tempoh berpantang kerana keguguran?

Ia bergantung kepada tahap usia kandungan tersebut. Untuk kehamilan yang berusia kurang daripada 4 bulan tempoh berpantangnya ialah 30 hari. Untuk kehamilan yang berusia 4 hingga 5 bulan, tempoh berpantangnya 40 hari manakala jika usia kandungan berusia lebih dari 5 bulan tempoh berpantangnya selama 44 hari.

berpantang kerana keguguran

Apakah yang cara-cara yang perlu saya lakukan jika berpantang keguguran?

  • Pakai pakaian tebal untuk mengelakkan angin masuk
  • Ikat tocang rambut ketat-ketat
  • Bertungku seluruh badan setiap hari terutamanya selepas mandi
  • Urut seluruh badan dengan minyak herba terutamanya rahim untuk mengeluarkan angin yang tersekat.
  • Mandi dengan mandian bunga-bungaan dan herba yang membantu meningkatkan aura dan seri muka si pemakai.
  • Elakkan duduk bawah kipas
  • Jika selalu rasa sakit kepala dan pening, sila pakai pilis.
  • Elakkan bersama suami selepas 2 minggu dari tarikh melakukan D& C

Susah ke? Tak susah pun jika kita betul-betul nak badan sihat. Ye lah ada orang kata wanita yang baru lepas gugur selalunya subur. Kebanyakkan kawan-kawan saya yang pernah keguguran mengandung kembali selepas 2 bulan melakukan D& C.. Jadi kita kena jaga tubuh badan kita sendiri dengan betul supaya abang tetap sayang dan di tambahkan zuriat. Ameen…