CECAIR PUTIH ITU SUNGGUH MERIMASKAN SAMPAI TIDAK SENANG DUDUK

Assalamualaikum w.b.t. Nak tahu apakah itu cecair putih? Rasanya orang perempuan memang menyampah sangat dengan cecair ini. Cecair putih itu ialah keputihan. Keputihan dan kehamilan memang tidak dapat di pisahkan. Ibu mengandung pasti akan terkena keputihan. Keputihan ini sebenarnya untuk melindungi bayi kita daripada jangkitan. Macam mana saya cakap keputihan melindungi janin? Dengan pertukaran warna dan bau kita sudah tau samada bahaya atau tidak bahagian premium tersebut.

gatal-gatal di kemaluan

Untuk keputihan yang teruk selalunya cecair yang di keluarkan berwarna hijau dan berbau busuk. Jika korang mengalami keadaan sebegini, sila cepat-cepat pergi ke hospital jumpa doktor. Keputihan sebegini akan menyebabkan kegatalan, rasa panas, tidak selesa dan sakit ketika buang air kecil atau ketika bersama. Biasanya doktor akan beri antibiotik dan ubat peluru.

Bagaimana ini boleh terjadi sedangkan saya menjaga kebersihan bahagian premium?

Ibu mengandung memang normal mengalami keputihan semasa mengandung kerana perubahan hormon. Selain itu ibu mengandung juga mengandungi sistem pertahanan badan yang rendah. Jadi tidak mustahil kuman mudah menyerang. Apa yang penting proses penjagaanya.

Jadi bagaimana hendak elakkan keputihan?

 

makanan hilangkan keputihan

  • Anda perlu kerap tukar seluar dalam bagi mengelakkan kuman semakin bertambah. Tukar 3 kali sehari.
  • Elakkan makanan yang menyebabkan keputihan teruk seperti makanan pedas, manis dan berempah.
  • Amalkan pengambilan yorgurt setiap hari bagi membekalkan kultur hidup kerana yougurt mempunyai bakteria lactobacillius yang membantu mebunuh bakteria.
  • Jangan pakai seluar dalam yang ketat.
  • Banyakkan mengambil makanan yang tinggi antioksida seperti buah oren, kiwi, prune dan pelbagai lagi untuk menghalang dan melawan jangkitan.
  • Kawal berat badan. Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan kedua-dua peha bergesel dan meransang pembiakan kuman..
  • Elakkan menggunakan pencuci wanita yang mempunyai sabun kerana ia menjadikan bahagian premium semakin kering.
  • Cuci bahagian premium sebelum dan selepas melakukan hubungan.

Keputihan yang teruk akan menyebabkan bayi di lahirkan cacat jika terkena jangkitan dan kelahiran pramatang. Jadi silalah jaga kebersihan!

SURAH AMALAN IBU MENGANDUNG YANG DIGALAKKAN SEPANJANG KEHAMILAN

Assalamualaikum w.b.t. Anak ibarat permata syurga ayah dan ibu. Didikan awal bayi di semasa di awal kehamilan sangat membantu meransang otaknya. Pelbagai produk yang berada di pasaran seperti cakera padat dan alat bunyian bagi tujuan yang sama.

Namun begitu Ain memilih cara yang paling dekat di hati iaitu mengamalkan surah-surah yang tertentu di dalam al-Quran. Pada pandangan Ain sendiri mendapati ibu mengandung yang mengamalkan al-Quran sepanjang kehamilannya mempunyai tahap emosi yang stabil kelahiran lancar dan tidak mendatangkan sebarang masalah.

Antara surah-surah yang menjadi amalan Ain ketika mengandung dulu ialah:

  • Surah Yassin. Yang ini Ain baca awal pagi sebelum solat Subuh setiap hari. Khasiatnya di permudahkan kehamilan dan hati sentiasa riang dan ceria. Anak pula terhindar daripada segala perkara buruk dan melakukan maksiat.
  • Surah Luqman untuk mempunyai anak yang cerdik dan bijak. Ni Ain baca masa dalam kereta, pasang CD al-Quran dan ikuti bacaanya.
  • Surah Maryam untuk mudah bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat kepada kedua ibu bapa. Ini juga Ain baca di dalam kereta di sepanjang perjalanan ke tempat kerja.
  • Al-Mathurat – Ain baca sebaik sahaja sampai di tempat kerja sebelum memulakan kerja. Al-Mathurat ini khasiatnya Allah akan memberi perlindungan kepada kita dan bayi dan mengelakkan daripada gangguan syaitan.
  • Surah Yussuf – Yang ini Ain minta suami bacakan. Suami juga perlu terlibat dalam usaha ini ye. Khasiatnya untuk melahirkan anak cantik paras rupa dan akhlaknya.
  • Surah a-Hujurat. Surah ini untuk memperbanyakkan air susu ibu. Masa mengandung lagi Ain dah amalkan supaya lepas bersalin nanti air susu badan keluar dengan mudah. Ain baca ini lepas solat asar.
  • Surah al-Sajadah. Surah ni Ain baca bergilir-gilir dengan suami. Khasiatnya untuk mendapatkan anak yang soleh.

Alhamdulillah. Dengan mengamalkan surah-surah ini kehamilan dan masa berpantang Ain memang betul-betul di permudahkan. Rasa cool je.. Tujuan Ain berkongsi masa bacaan itu supaya korang rasa tak terbeban sangat sebab rasa macam banyak je. Asingkan ikut kesesuaian kita.

Disamping itu, korang boleh juga amalkan zikir asma al-husna sebagai penyeri lidah. Moga-moga anak yang di lahirkan itu jadi anak yang soleh, bertakwa dan beriman. Ameen…

TANDA KEGUGURAN KANDUNGAN DI AWAL KEHAMILAN

Assalamulaikum w.b.t. Topik hari ini agak sedih sikit. Ia berkenan keguguran kandungan ketika hamil. Ain rasanya ada pengalaman tersendiri dan sampai sekarang teringat dan agak terkilan. Semasa itu Ain demam tak kebah hampir 2 minggu. Sebut je mana-mana klinik pasti diriku terjah tetapi masih belum lagi diizinkan Allah. Jadi penyelesaiannya minum air kelapa. Kami semasa kecil memang kelaziman jika demam je mesti minum air kelapa. Remedi semulajadi orang dulu-dulu.

keguguran 2

Pagi itu ok je minum siap mengemas rumah dan mengemop lantai bagai. Bila malam secara tiba-tiba perut Ain sakit menyengat. Macam kena cucuk dengan benda tajam lalu berlakulah pendarahan dengan rasminya. Sebenarnya Ain lewat datang period tetapi bila nengok keputusan pregnancy kit tu tak de pape, so ain pun balun  air kelapa bagai nak rak. Bila di fikirkan balik memang menyedihkan tetapi rezeki itu Allah yang tetapkan. Redha dan sabar adalah penyelesaiannya.

Berbalik dengan tajuk entry ini, bagaimana nak mengetahui tanda-tanda keguguran di awal kehamilan? Setiap orang ada bermacam-macam tanda tetapi ini adalah tanda paling biasa yang di alami ramai orang.

Tanda-tanda keguguran ialah:

  • Pendarahan samada sedikit atau banyak. Jika berlaku pendarahan hanya setitik dua atau sedikit, berkemungkinan ia berpunca daripada proses penempelan ovum di rahim tetapi jika pendarahan tersebut berlaku sehingga berhari-hari dan dalam kuantiti yang banyak, korang digalakkan supaya bertemu dengan doktor.
  • Perut terasa kejang dan tidak selesa – Rasa kejang seperti kita buat sit up dan ia berlarutan
  • Ari-ari terasa sakit menyengat seperti mencucuk sehingga menganggu urusan seharian
  • Demam
  • Lemah tubuh badan
  • Sakit pinggang

Sebab berlakunya keguguran ada banyak. Antaranya ialah:

  • Kromosom yang tidak normal. Kromosom inilah yang akan menentukan jantina, rambut, warna matta dan lain-lain.
  • Jangkitan seperti jangkitan kulat, jangkitan pundi kencing, jangkitan herpes dan pelbagai lagi.
  • Kerap terdedah dengan persekitaran yang merbahaya dan bertoksin. Jika korang selalu isi minyak, elakkan muka korang daripada menyedut gas minyak.
  • Masalah rahim yang tidak normal/ cacat. Ada sesetengah wanita di lahirkan rahim terbalik berisiko untuk keguguran
  • Dinding rahim yang lemah dan menyebabkan bayi keluar awal dari tarikh sepatutnya tanpa rasa sakit.
  • Hormon yang tidak stabil seperti kekurangan hormon kehamilan dan hormon Progestron berlebihan. Ini selalu dialami oleh pesakit PCOS.
  • Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, jarang bersenam, minum arak dan dan kerap stress
  • Mengambil ubat-ubat yang tertentu tanpa preskripsi doktor
  • Sistem pertahanan badan lemah terutamanya pesakit LUPUS/SLE.

Amacam? Ok tak? Kehilangan adalah sesuatu yang menyakitkan… tetapi percayalah setiap kehilangan pasti akan di ganti yang terbaik oleh Allah. Ameen…

KENAPA SAYA MENGANDUNG LUAR RAHIM?

Berita kehamilan adalah saat yang paling ditunggu-tunggu. Bila nengok pregnancy kit double line mesti kembang kuncup lubang hidung kegembiraan. Tetapi berita kegembiraan tu hilang hancur lebur apabila di sahkan mengandung luar rahim oleh doktor.

Ain pernah melihat satu kes depan mata sendiri ketika itu nak buat pemeriksaan prenatal seperti biasa. Masa tengah tunggu giliran nama di panggil tu, Ain terlihat seorang suami menolak isteri di atas kerusi roda. Isterinya itu menangis teresak-esak sambil memegang gambar ultrasound.

Suami beliau seorang yang tabah dan cuba untuk kuat walaupun jauh di sudut hatinya itu sedih teramat. Ain yang memerhati dari jauh juga menitiskan air mata. Kebetulan pula jururawat panggil nama untuk pemeriksaan jadi dengan kepochinya diriku tanya doktor ‘Doktor kenapa pesakit tu nangis?’ ” Oh, dia mengandung luar rahim. Situasi yang sangat sedih.. seorang ibu kehilangan bayinya. Walaupun di dalam kandungan hanya beberapa minggu tetapi kasihnya melebihi segala-galanya.

mengandung luar rahim

Ok dengan semangat wajanya diriku men’google’ apekebendanya mengandung luar rahim. Oooo mengandung luar rahim sebenarnya seperti ovum yang telah disenyawakan tidak sampai di uterus/ rahim. Ia tersangkut di tiub fallopio dan menempel di situ. Sebab itu wanita yang mengandung luar rahim selalunya sakit perut diawal kehamilan.

Apakah tanda korang mengandung luar rahim?

  • Mempunyai tanda-tanda kehamilan seperti biasa iaitu muntah, loya, pening, sakit perut dan lain-lain.
  • Sakit perut yang teramat dan terlampau di bahagian kiri atau kanan perut seawal kandungan berusi 5-7 minggu.
  • Sakit ketika buang air besar.
  • Berlaku pendarahan

Punca mengandung luar rahim ini disebabkan oleh kecacatan pada tiub falopio seperti parut. Jika korang pernah melakukan pembedahan di bahagian rahim, kemungkinan akan terdapat sedikit parut.

Tiub fallopio yang sempit dan tersumbat mengahalang pergerakan ovum. Selalunya doktor akan merawat dengan memberikan suntikan larut supaya janin terhakis dengan sendirinya atau membuang tiub fallopio yang mengandungi janin.

Nampak mengerikan dan ramai orang yang risau takut tak boleh bersalin lagi. Meh nak bagi tau ni. Allahkan beri kita 2 tiub fallopio, kalau satu tidak boleh berfungsi lagi maka kita boleh guna yang lagi satu. Ada ramai kawan Ain ni dia telah menjalani pembedahan dan hanya tinggal satu sahaja sistem ovari. Alhamdulillah dah masuk 2-3 orang anak pun. Semuanya atas izin Allah.

 

 

PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI MABUK MENGANDUNG

Apabila isteri mabuk mengandung teruk, pada saat ini peranan dan sokongan suami sangat diperlukan. Ketika ini seluruh tubuh isteri betul-betul lemah dan sakit. Kepala berpusing, perut sakit, tiada selera dan emosi terganggu. Berdasarkan pengalaman Ain dulu semasa awal kehamilan dulu memang selalu sangat ambil MC sebab memang tak larat sangat.

En. Suami dulu tidak percaya yang isterinya ini mabuk teruk. Masa tu mengandung anak yang pertama, jadi tiada pengalaman. Dia ingatkan isterinya ni mengada-ngada dan lembik tak boleh tahan sakit. Lepas tu dia pun tanya kengkawan yang dah anak 5-6 orang… derang cakap memang gitu isteri-isteri mereka.. ada yang sampai pengsan. Melopong-lopong lakiku dengar… hehehe..

Peranan suami ketika isteri mabuk mengandung

Ada sesetengah wanita memang tidak mengalami mabuk ketika mengandung. Steady je. Bergantung pada hormon masing-masing. Jadi apakah peranan suami ketika isteri mabuk mengandung?

  • Temankan isteri ketika temujanji dengan doktor. Emosi isteri bila suami temankan jumpa doktor rasa sangat bahagia dan di hargai. Sambil-sambil tu suami juga boleh tanyakan doktor tips-tips yang bagus untuk isteri dan kandungan.
  • Manjakan isteri dan kandungan. Urut dan belailah isteri korang ketika ini. Perasaannya sungguh menakjubkan. Walaupun terasa susah dan payah mengandungkan bayi tetapi bila suami berikan pelukan rasa macam nak melompat hingga langit ke 7!
  • Rajin-rajinlah berikan kata semangat dan nasihat untuk isteri bagi menguatkan semangatnya. Pada saat ini kepala isteri memang berkecamuk terutamanya nak menghadapi fasa bersalinkan anak dengan keadaan diri sendiri yang tidak terurus.
  • Seboleh-bolehnya tunaikan permintaan isteri yang mengidam. Jangan tunggu-tunggu kerana ia melibat emosi. Perasaan apabila dapat apa yang diidamkan macam menang Sukan Olimpik di tempat pertama. Serius! Saya pernah mengidam nak makan Nenas Sarawak masa mengandung tetapi tak boleh makan sebab takut risiko keguguran. Lepas 2 tahun bersalin baru dapat makan Nenas Sarawak, perasaannya sukar digambarkan.. macam nak menangis pun ada.. dahsyat!
  • Bantu kerja rumah yang boleh di lakukan seperti basuh baju, kemas rumah dan lain-lain. Pastikan keadaan rumah bersih. Bila rumah kemas kepala pun tak serabut.

Jadi para suami, korang boleh amalkan tips-tips yang diberikan. Bantulah isteri yang sedang hamilkan zuriat anda…. Semoga dengan kehadiran ahli keluarga baru menceriakan hidup korang!!

SCAN ULTRASOUND DI AWAL KEHAMILAN

Sebenarnyakan perkara pertama yang paling Ain teruja bila di sahkan mengandung ialah scan bayi di dalam perut. Yeay! Nak skodeng dia tengah buat apa. Kalau boleh nak scan 4D. Amboii…  Tengah tidur ke, tengah melompat-lompat ke, tengah bersenam angkat dumbell ke… hehehe… macam-macam angan-angan mak budak seorang ni.

Usia kandungan yang paling sesuai untuk buat scan atau ujian ultrasound ialah seawal 6 minggu. Masa itu dah boleh nampak jantung bayi yang berdengup dan kantung.. Ada sesetengah scan boleh boleh dengar dengupan jantung lagi.

Kawan saya bila pertama kali dengar bunyi dengupan jantung bayi terus menangis. Terharu sangat.. Dia memang nak sangat anak. Salah satu tips Ain pernah baca nak nampak bayi ketika scan ialah sebelum scan tu minum air. Kalau agak-agak nak terkencing tu sila lah tahan dulu ye sebab bila air banyak, imej kantung dan bayi lebih jelas.

Jika membuat pemeriksaan seawal 6 minggu, embrio hanya sebesar duit 5 sen dan jantungnya sebesar biji popi sahaja. Ini adalah contoh gambar ultrasound embrio berusia 6 minggu:

ultrasound 6 minggu

Selalunya berdasarkan pengalaman Ain dan rakan-rakan mengandung seangkatan, lepas je buat scan ultrasound mesti secara tiba-tiba mabuk mengandung datang. Suratan atau kebetulan? Ada orang cakap mengada-gada. Sebelum tahu mengandung ok je tapi lepas mengandung terus mabuk. Misteri sungguh….

Sebenarnya pada waktu ini hormon kehamilan sedang di keluarkan dengan pesatnya oleh plasenta untuk menguatkan penempelan embrio pada rahim. Bila dah masuk ke trimester kedua baru pulih seperti sediakala. Sebab itu semakin kuat mabuk seseorang maka semakin kuat rahimnya. Tetapi perlu diingatkan jika korang mabuk teruk digalakkan minum air putih banyak-banyak supaya dapat mengurangkan tahap kepekatan hormon kehamilan. Bila hormon kehamilan semakin pekat, mabuk morning sickness semakin teruk. Lagi merbahaya. Sebab tu ada ibu mengandung terpaksa dimasukkan ke dalam hospital untuk di masukkan air ke dalam badan.

Pemeriksaan ultrasound awal penting kerana doktor boleh kesan dimana kedudukan embrio yang sebenar bagi mengelakkan mengandung luar rahim dan supaya dapat membuat rawatan awal.

PENGALAMAN AKU BUAT BUKU MERAH IBU MENGANDUNG DI HOSPITAL KERAJAAN

Rata-rata ibu mengandung anak pertama akan pergi ke Klinik Kerajaan atau Klinik Desa untuk membuka Buku Merah/ Pink ibu mengandung termasuklah diri Ain sekali. Pengalaman pertama yang mengujakan! Hehehe..

Ain dulu tidak tahu dimana Klinik Desa di kawasan Ain ni sampai pergi ke Hospital Sungai Buloh tanya mana Klinik Desa yang paling dekat dengan kawasan rumah. Selalunya untuk Pemeriksaan atenatal , ibu perlu pergi ke Klinik Desa yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal.

Klinik kesihatan Ibu dan anak

Jadi kami suami isteri menjadi Lone Ranger di dalam hujan mencari Klinik Desa. Nasib baik kebetulan ada kakak ipar kawan tahu dimana Klinik Desa tersebut. Fuh!

Maka dengan penuh bersemangatnya diriku pergi ke Klinik Desa untuk membuka buku merah seperti hari yang di tetapkan. Nak buka buku merah ini ada hari-harinya ye… bukan hari-hari. Sebelum pergi menyerah diri baik telefon dulu. Sebaik sahaja sampai di sana, Ain diminta oleh nurse supaya mengisi sendiri butiran peribadi di hadapan buku merah sambil menunggu nombor giliran.

Oh ya! Masa yang paling sesuai buat buku merah ialah usia kandungan 10 minggu keatas.

Antara dokumen yang korang kena bawa siap-siap ialah:

  • Salinan Kad Pengenalan suami isteri (kecuali ibu tunggal tidak perlu membawa salinan kad pengenalan suami)
  • Sijil Nikah
  • Bil Elektrik rumah
  • Surat rujukan doktor (jika ada)

Sementara nak tunggu nama di panggil nama oleh doktor, kami ibu-ibu mengandung yang dah separa comel (akibat menunggu lama) ni di minta mengambil sampel air kencing. Beratur ye..

Klinik Desa disini memang sesak jadi terpaksa redha beratur panjang. Bila dah dapat sampel air kencing itu, mak-mak kena tunjukkan kepada nurse dan nurse akan meletak kit ujian pengesahan kehamilan dan kit ujian buah pinggang untuk mengesan samada ada kencing kotor atau tidak. Oh ya! Nanti bekas tadahan air kencing tu kena basuh sendiri ye untuk kegunaan ibu-ibu lain.

Bila dah settle ujian air kencing tu, saya diminta untuk timbang berat badan, ambil tekanan darah dan di temuramah samada ahli keluarga ada sakit-sakit tertentu seperti kencing manis, darah tinggi atau apa-apa sahaja supaya mereka boleh tampal pelekat berwarna di bahagian atas buku merah sebelah kanan. Jadi saya tak lepas sebab keluarga memang ada sejarah kencing manis. Jadi kena lah pelekat warna hijau.

Dah lepas bab tu, saya kena ambil darah untuk mengetahui keadaan Hemoglobin Blood (HB) di dalam badan. Alhamdulillah semuanya ok! Bahaya tau jika HB rendah. Nanti saya terangkan kenapa HB rendah bahaya. Bila masa bertemu dengan doktor, dia cuma beritahu supaya jaga makan sebab saya ada sejarah kencing manis, kalau ada pendarahan cepat-cepat datang hospital dan lain-lain. Masa ini tak scan lagi. Biasanya jika Klinik Kerajaan akan Scan apabila usia kandungan 20 minggu tetapi bukan semua Klinik Kerajaan ada kelengkapan ultrasound. Saya juga di bekalkan 30 biji Obimin yang perlu di makan setiap hari.

Dan bergitu lah bulan-bulan seterusnya. Pemeriksaan di lakukan sebulan sekali. Apabila kandungan masuk ke 37 minggu baru lah di wajibkan membuat pemeriksaan seminggu sekali. Tetapi saya tak sampai 37 minggu pon buat pemeriksaan di Klinik Kerajaan sebab memilih bersalin di hospital swasta secara pembedahan. Nanti saya cerita lah ye… tunggguuuuu…

Walau apa pun… sepanjang saya berususan dengan kakitangan Klinik Kerajaan/ Desa mereka semuanya baik-baik.. tidak marah-marah.. janji bila kita bercakap dengan mereka, bercakaplah dengan senyuman.. Insyallah lembut lah hati derang dari nak marah kita… 🙂

PETUA ORANG TUA: JANGAN HEBOHKAN BERITA KEHAMILAN PADA AWAL TRIMESTER

Apabila telah di sahkan oleh doktor yang kita mengandung, rasa macam nak beritahu satu kampung dan satu pejabat je. Nak-nak yang dah lama menunggu. Tetapi menurut petua orang tua jangan di hebohkan dulu kehamilan itu sehingga usia kandungan 3- 4 bulan ke atas. Apakah rasionalnya perkara itu?

Ok. Pada pandangan Ain la kan. Secara rasionalnya atok nenek kita tak bagi kita heboh sebab pada usia kandungan 1- 15 minggu keguguran boleh berlaku. Jadi atok nenek ni tidak mahu kita over eksaited sangat dia beri kita petua macam ini. Kalau secara tiba-tiba kandungan gugur, sudah tentu ibu tersebut akan mengalami kemurungan.

Bayangkan korang tengah jalan-jalan tiba-tiba kawan lama tegur ” Eh mana baby kau?’ Walaupun sekadar pertanyaan kecil tetapi ia tetap mengguris hati ibu. Bagi bakal ibu yang berkerja, korang perlu buat kerja-kerja luar dan lasak seelok-eloknya beritahu ketua tentang keadaan kehamilan korang terkini. Sekurang-kurangnya boleh exuse.

Kita rasa pantang larang nenek moyang macam mengarut dan menyusahkan je tetapi sebenarnya ia untuk ia untuk kebaikan kita juga…

TIPS HILANGKAN PENAT KETIKA MENGANDUNG

Setiap wanita yang menunggu kehadiran cahaya mata pasti gembira rasa macam nak melompat-lompat bila lihat pergnancy kit double line macam Ain dulu seronoknya ya Allah! Hehe.. Ain menterjemahkan kegembiraan itu melalui entry Pengalaman Pertama kali di sahkan hamil.. yabedabeduuu!!

kasih sayang ibu

Bagi ibu yang berpengalaman mengandungkan bayi sebelum ini mengalami mabuk yang teruk memang rasa trauma teramat! Kawan-kawan Ain sampai cakap…

Aku tak nak mengandung lagi… serik!!

Tapi nengok setahun selepas itu ada lagi.. hehe.. Ok bagi mengurangkan tahap kegusaran korang terutamanya yang mengandung anak pertama, Ain nak kongsi tips macam mana nak kurangkan mabuk teruk ketika hamil. Eh bukan tentang mabuk aje tau yang lain-lain pun ada..

  • Korang perlu pastikan perut sentiasa berisi dengan makanan walaupun rasa tak boleh telan. Sekurang-kurangnya buatlah Milo panas bersama biskut Cracker. Bila perut kosong lagi senang angin nak masuk.
  • Banyakkan minum air masak – Ada sesetengah wanita tidak boleh telan langsung air masak! Macam Ain dulu.. hehe.. Apa yang Ain buat Ain campurkan sedikit perahan limau nipis untuk hilangkan rasa loya minum air masak. Air kosong yang di masak di atas dapur gas selalunya berbau (hidung orang mengandungkan sensetif), jadi alternatif lain korang boleh guna air RO water yang tiada bau. Bila korang kurang minum air masak hormon HCG (hormon kehamilan) semakin pekat dan akan menyebabkan rasa mabuk dan muntah makin teruk.
  • Payudara sakit teramat! – Ain cadangkan korang memakai Bra menyusu kerana rekaan bra menyusu tidak menekan payudara dan fleksibel. Ia juga boleh dibuka di bahagian depan. Elakkan memakai bra yang mempunyai dawai kerana pada waktu ini payudara anda sedang berkerja keras menghasilkan tisu-tisu baru untuk penyusuan ibu.
  • Kurangkan aktiviti yang memenatkan – Aktiviti lasak memang memenatkan dan mempengaruhi perasaan kita. Kalau boleh elakkan menyertai aktiviti lasak. Bagi mak-mak yang mempunyai anak ramai 2-6 orang sebelum ini, agihkan tugasan mengikut umur mereka. Selalunya adik-adik yang kecil akan mengikut kakak/abang yang besar. Berikan mereka tanggungjawab yang boleh di pikul. Para suami juga di galakkan membantu isteri, bukannya apa isteri korang juga yang sedang mengendong zuriat korang.
  • Elakkan duduk terlalu lama – Bila korang duduk terlalu lama menyebabkan darah terkumpul di satu tempat sahaja. Bila bangun kepala jadi pusing.
  • Elakkan makanan yang pedas, berempah dan berlemak kerana ia meningkatkan rasa mual.
  • Selalu menukar seluar dalam bagi mengelakkan keputihan – Ibu mengandung selalunya kerap kencing. Apabila seluar dalam basah ia akan menyebabkan jangkitan bakteria dan menyebabkan keputihan.
  • Makan makanan yang mengandungi Vitamin B untuk mengurangkan rasa mual seperti avokado, tembikai, lobak oren, ikan, daging telur, brokoli, aprikot, betik dan keledek.

Amacam ok tak? Semoga tips ini membantu korang yang sedang teruk mabuk hamil.. semoga membantu…

TANDA-TANDA KEHAMILAN YANG MESTI KORANG TAHU BILA LEWAT DATANG BULAN

Bila lewat datang haid mesti suspen je. Mana tau ada ‘orang baru’ dalam perut. Hehehe.. Ok di sini Ain nak perincikan tanda-tanda kehamilan yang korang akan rasa dan perasan sebelum buat ujian kehamilan lagi. Sebelum ini Ain ada buat entry tentang pengalaman Ain sebelum perasan di sahkan mengandung. Nak baca boleh klik terus entry Tanda kehamilan yang aku alami sebelum di sahkan hamil.

Penempelan embrio

Antara tanda-tanda kehamilan yang biasa di alami ialah:

  • Loya dan muntah-muntah – Keadaan ini berlaku kerana perubahan hormon Progestron, Estrogen dan HCG (hormon kehamilan) di dalam tubuh ibu mengandung. Hormon kehamilan di hasilkan oleh plasenta seminggu selepas persenyawaan berlaku untuk memberi sokongan kepada servik supaya embrio lebih bersedia menempel di dinding rahim. Biasanya hormon ini akan stabil sekitar 10 minggu- 12 minggu kehamilan.
  • Perut terasa kejang atau cramp – Ini kerana embrio semakin membesar di dinding rahim ibu dan memerlukan tempat untuk membesar. Pada waktu ini korang patut elakkan makanan yang mengecutkan rahim seperti kacip fatimah kerana ia akan membantutkan tumbesaran embrio.
  • Sedikit pendarahan –  Sedikit pendarahan ketika mengandung adalah perkara normal kerana embrio sedang menempel di dinding rahim.
  • Payudara sakit dan warna aerola lebih gelap – Ia berlaku kerana perubahan hormon dan disebabkan oleh peningkatan aliran darah serta berlaku perubahan tisu payudara. Keadaan ini akan menyebabkan payudara membengkak dan sakit apabila di sentuh. Ia selalunya berlanjutan sehingga 4-5 minggu kehamilan
  • Tubuh terasa lemah dan tidak bermaya – Badan sedang menyesuaikan perubahan hormon yang berlaku.
  • Lewat datang haid – Lewat haid merupakan salah satu tanda kehamilan yang paling biasa di alami oleh wanita kerana hormon HCG telah meningkat dan hormon Progestron telah menurun.
  • Selera makan bertambah – Orang yang kerap penat selalunya akan makan banyak lebih dari biasa.
  • Emosi tidak stabil – Kuat merajuk, cepat marah dan ceria secara tiba-tiba di sebabkan oleh perubahan hormon.
  • Kerap kencing – Ini kerana tubuh menghasilkan lebih air kencing dari biasa  ketika mengandungdan kandungan menekan sedikit pundi kencing.

Haaa… itu lah tanda-tanda kehamilan yang korang WAJIB tahu dan alert. Di sini saya kongsikan bagaimana hendak mengurangkan simptom-simptom kehamilan dan menghilangkan penat ketika mengandung. Ye lah ada sesetengah orang muntah-muntah sampai lembik, ada yang asyik gaduh suami isteri, ada yang langsung tak boleh buat apa kerja.. asyik melepet aje…