CARA MUDAH HILANGKAN SAKIT KEPALA TANPA PERLU MAKAN UBAT

Assalamualaikum w.b.t. Semasa mengandungkan anak yang pertama Ain selalu sakit kepala yang teramat sampai langsung tidak boleh buat kerja. Setiap kali mengandung Ain akan mengalami tekanan darah rendah dan selalunya doktor akan pantau tekanan darah Ain. Tekanan darah rendah semasa mengandung bahaya tau kerana akan membahayakan kandungan.

sakit kepala

 

Sakit kepala ketika mengandung disebabkan kekurangan darah mengalir ke otak dan otak memerlukan kandungan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Ibaratnya air paip rumah kita, keluar laju atau lambat. Jadi bagi mengelakkan korang mengalami masalah macam Ain ni, cuba korang buat beberapa tips ini. Insyallah berhasil…

  1. Sekarang ini kan musim panas melampau. Jadi elakkan berada di bawah panas terik matahari terlalu lama. Panas terik matahari akan menyebabkan dehidrasi pada tubuh. Ikuti tips tubuh kekal dehidrasi di sini. Tips kekal sihat semasa musim panas…
  2. Apabila ingin bangun dari tempat duduk atau pembaringan, sila lah bangun degan perlahan. Jangan bangun dengan tergesa-gesa.
  3. Jangan berdiri terlalu lama. Ini kerana semasa korang berdiri darah banyak pergi ke kaki jadi ambil masa juga nak pulih jadi normal. Cuba duduk dengan perlahan-lahan.
  4. Elakkan makanan yang berangin. Makanan berangin juga boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan badan berangin.
  5. Urut kepala dan tarik rambut secara lembut kepala yang sakit untuk melancarkan peredaran darah.
  6. Kadang-kadang panas juga boleh menyebabkan sakit kepala. Korang boleh letak penyejuk seperti cooler bag atau kepala bagi meredakan kesakitan.

Semoga membantu.. Mata Ain dah kuyu dan layu ni… Bantal dah memanggil-manggil minta di tiduri.. hehee… Selamat malam!

Comments

  1. semalaman saya sakit kepala, lepas ambil roti 2 keping sakit dah berkurangan, terus boleh tidur.
    ikhwan recently posted…Pilihan Kerjaya Selepas Keputusan SPM DiumumkanMy Profile

  2. terimakasih infonya 🙂

  3. Kalau panas sangat, memang saya pun akan sakit kepala, tapi alhamdulillah sejak dua menjak ni dah semakin bijak menangani sakit kepala akibat kepanasan ni.
    Eizil recently posted…Nilai sebuah dakapanMy Profile

  4. saya pun kalau boleh memang akan elakkan memakan ubat
    blogger lelaki recently posted…Penting Ke Mobile-Friendly untuk Blog?My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge