BERSANTAI DI PANTAI PENGKALAN BALAK, MELAKA

Assalamualaikum w.b.t. Bila Ain balik kampung mesti Pantai Pengkalan Balak ini menjadi pilihan hati untuk bersantai. Mungkin terkenang zaman muda remaja masa sekolah dulu. Kat sini dulu Ain selalu lepaking dengan kengkawan. Hehe… Banyak kenangan sweet sour kat sini.
image

Anak-anak walaupun Ain selalu bawa mereka ke pantai tetapi derang tidak pernah mandi laut. Jadi inilah pertama kali mereka mandi laut. Risau juga takut derang minum banyak air laut. Huhu… Jadi sebagai peringatan awal Ain ingat anak-anak jangan telan air laut. Tetapi dah namanya budak-budak lagi di larang lagi di buat. Bila derang tertelan air laut terus berubah muka nak nangis… hahaha kesian tetapi kelakar.
image

Pergi ke pantai ni tak sah kalau tak bawa tikar untuk port melepak. Untuk menambahkan kesedapan berkelah itu, kitaorang oder je makanan di kedai yang berdekatan. Haha.. nampak bebenau kerajinanku itu.
image

Kalau duduk di tepi pantai ni nak lebih feeling romantik wajib ada air kelapa macam dalam filem tu. Makan pula bersama rojak. Memang asyik! Lupa daratan pula mak budak ni. Anak-anak macam biasa penat mandi laut, naik ke darat terus terkam makanan. Lepas tu sambung mandi laut balik.

Ain sebenarnya suka sangat pergi ke laut sebab tenang. Hilang segala masalah dan penat bila bau dan dengar desiran ombak laut. Orang berilmu ada berkata nak kurangkan tekanan pergilah ke tempat-tempat semulajadi seperti laut, hutan, kawasan pergunungan dan lain-lain lagi sebab mereka berzikir dengan nama Allah. Lagi best bila time-time melepak tu kita berzikir. Insyallah hati akan tenang.

Comments

  1. pantai dekat kemaman minggu lepas ..ombak masih kuat..setakat lepak ajelah..tak berani nak pergi main air…
    blogger lelaki recently posted…Malaysia Best Blog 2015My Profile

  2. Wow.. bestnya duduk di tepi pantai sambil menikmati air kelapa muda.. dah lama saya tak pergi ke Melaka. . Huhuhu. .
    anuar recently posted…Malaysia Best Blog 2015My Profile

  3. teringat pulak kat kampung halamanku..pun ada pantai
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Cara Dapat Umrah Free Tanpa Keluar Satu Sen Pun!My Profile

  4. Ainnn, pantai ni dekat rumah mak saya haha. Saya da tulis pasal benda yang sama, pantai yang sama, air kelapa dan rojak juga hehe.
    Saya orang MT, sekolah SGB.
    Salam perkenalan 😉
    diana recently posted…Malaysia Best Blog 2015My Profile

    • Waaaa…. sob..sob.. terjumpa orang kampung di alam maya ini.. dah boleh buat pasukan power rangers ni.. blogger suri tu pon orang sini juga..

  5. Dah lame tak pergi pantai, ingat nak pergi tapi ombak tengah kuat di terengganu ni.
    singgah disini sambil follow.
    jemput datang blog saya =)
    saljiahcraft recently posted…Menang Dalam Pertandingan Tapi KelakarMy Profile

  6. pernah gi sini dulu, memang best.lama gak rasanya tak mandi laut ni..oohoh 😛
    reezluv recently posted…Jadi Blogger Satu KesilapanMy Profile

  7. hari ini baru tahu ada nama pantai pengkalan balak.

    noob sungguh bab geografi malaysia nih.
    titan recently posted…Malaysia Best Blog 2015My Profile

  8. Bebudak ni, perkara yang kita larang tu yang lagi seronok dia nak buat. Bila terkena macam terminum air laut tu, baru dia tau rasa air laut tu macam mana. Dia ingat, air laut tu rasa macam air jus ribena kot? Hahaha
    Sylarius Yusof recently posted…Rumah Mampu Milik itu Sekadar Mampu TengokMy Profile

  9. Lama dah tak pergi pantai ni… Nanti nak kena cari masa dan buat perancangan nak pergi mana..:-)
    Sani Sini Sana recently posted…Antara Aktiviti Menarik di Shah Alam Bulan Ini!My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge