APA YANG PERLU DI BUAT JIKA BAYI DEMAM PANAS?

Assalamualaikum wbt. Ayah dan ibu… jika anak-anak demam panas mesti tak tidur malam kan? Setiap jam pantau perkembangan suhu badan anak kan? Ain juga pernah mengalami perkara macam ini. Masa itu Jasmine baru 3 bulan. Allah sahaja yang tahu perasaan ini. Jam 4 pagi terpaksa bawa Hospital masuk bahagian Kecemasan sebab suhu badan Jasmine ketika itu dah 39 Celcius. Sampai sahaja di Hospital doktor berikan ubat punggung. Alhamdulillah mudah sahaja panasnya turun. Berdebar juga bila nengok anak di pangkuan tidak bermaya. Tetapi biasalah anak yang pertama masih lagi belum ada pengalaman.

bayi demam

Sejak dari peristiwa itu, Ain banyak mencari info dari emak dan kawan-kawan lain tentang apa yang perlu di buat bila bayi demam panas. Alhamdulillah selepas itu tiada lagi pengalaman yang mendebarkan sebab dah tahu serba sedikit apa yang perlu di buat. Ain nak share ni sebab mana tahu mungkin serba sedikit dapat membantu ibu-bapa yang sedang mengalami perkara yang sama macam Ain dulu.

minyak bawang putih

  • Apabila bayi dah mula demam panas, tuamkan bayi dengan air sejuk. Jangan air sejuk yang macam ais tu ya. Nanti panas cepat turun dan cepat naik. Gunakan air sejuk biasa di batang paip. Tuamkan bayi di bahagian pelipat seperti leher, ketiak, pelipat kaki. Paling mustahak sekali letak tuala basah di kelapa bayi.
  • Jerlumkan kepala bayi dan sapukan keseluruhan badan bayi dengan air asam jawa. Asam jawa yang kita buat masak asam pedas di rumah tu. Buat air asam jawa tu jangan pekat-pekat sangat cukup sekadar cair sahaja. Sapukan di kepala dan keseluruhan badannya. Asam jawa mempunya bahan yang membantu menurunkan panas badan dengan cepat. Masa Ain kecil-kecil dulu mak selalu buat macam ini.
  • Pakaikan bayi baju lobang-lobang. Ain memang sediakan khas baju ini di pakai semasa anak demam. Jangan pakaikan bayi dengan baju tebal kerana haba di dalam badan akan terperangkap di dalam badan. Jika tiada longgarkan baju baju bayi.
  • Buat minyak bawang putih. Bakarkan bawang putih bersama kulitnya. Bakar sehingga kehitaman sedikit. Kemudian tumbuk ia bersama minyak zaitun. Jangan lupa berselawat ketika menumbuk itu sebab sakit semua itu datangnya dari Allah. Daripada dia ia datang kepada Dia ia kembali. Kemudian sapukan minyak tersebut di belakang dan di depan badan. Bawang putih merupakan sumber antibiotik semulajadi yang Allah jadikan.
  • Beri air kelapa. Air kepala yang di campur dengan secubit garam. Orang tua kata air kelapa ni bisa. Jadi nak hilangkan bisanya tu kena tambah sedikit garam. Jangan lupa berselawat keatas nabi. Air kelapa sesuai di beri jika bayi sudah melebihi umur 6 bulan. Bawah 6 bulan masih belum boleh lagi ye. Beri bayi hanya 1 sudu sahaja sekali makan pada waktu tengahari dan sebelah petangnya dalam jam 4-5 petang beri lagi sesudu. Jangan beri banyak-banyak ya nanti kembung bayi nanti sebab kita tidak tahu perut bayi macam mana. Selepas itu air lebihan air kelapa itu boleh di buat mandi. Selalunya Ain buat dekat anak-anak rawatan ini apabila dah makan ubat hospital masih lagi tidak jalan. Orang tua-tua kata kalau demam lama dan panas selalunya demam campak nak keluar. Buat rawatan ini selama 3 hari atau sehingga sebuh. Air kelapa muda juga sumber antibiotik semulajadi.
  • Sediakan ubat punggung. Zaman dulu ubat punggung tiada sebab tu ramai bayi yang kena sawan. Apabila suhu bayi mencecah 39 celcius sebaiknya masukkan ubat punggung dan jarakkan pengambilannya dengan paracetamol sirap sebab fungsi kedua-duanya adalah menurunkan suhu badan.

Sekiranya keadaan berlarutan sehingga 3-4 hari lebih baik di bawa ke Hospital untuk melakukan ujian darah. Walaubagaimanapun ini hanyalah pengalaman Ain sendiri dan ia sesuai dengan anak-anak Ain. Jika korang nak mencuba boleh, tetapi kesannya mungkin berlainan. Selamat mencuba!

Comments

  1. Kanak kanak yang alami demam panas memang sangat merisaukan ibu bapa. Apalagi jika terkena pada malam hari.
    thanks admin atas perkongsian yang sangat bermanfaat.
    nila anggraini recently posted…7 Tips Menyusu Di Tempat Awam Agar Ibu Dan Bayi SelesaMy Profile

  2. Biasanya saya akan letak daun duit yang merayap kat pokok2 tu..jerlumkan kepala anak insyaALlah..tahan sikit pnasnya..
    Hafizul recently posted…Buat Akaun Syarikat Sendiri, Ofkos STRESS GILERMy Profile

  3. pasal ubat punggung tu,selalunya saya akan letak bila susu 38.5 darjah celcius..39 tu dah kira tinggi sangat dah tu. saya dan suami selalunya akan buat combination cara tradisonal n moden

    1. jerlum kepala n badan dengan air asam jawa atau air rendamandaun bunga raya (ni petua orang tua-tua). takpun aloe vera pun buleh. janji bagi anak tu sejuk. sapu di semua pelipat badan.
    2. then letak koolfever kat belakang badan (ni konroversi skit. sbb byk pndpt. tp sy letak utk bg anak selesa jek)
    3. if temp naik smpi 38.5, memang terus masukkan ubat punggung (yang ni kena tau jenis ye. sebab untuk paracetamol, ade 2 strength iaitu 125mg dan 250mg. tapi nasib hubby pharmacist,so dia yang tentukan)
    4. mandikan dengan air garam (garam berfungsi untuk turunkan suhu air. lagipun bila mandi dengan air garam, ia bantu dissipate haba dengan lebih baik n buang ion-ion negatif). Tapi kadang-kadang kami mandikan je dengan BasicH yang sangat dilute. 2 titik utk sebaldi air. tapi macam kat atas, sebelum mandikan (tak kira la nak pakai apa pun), baca al-Fatihah dan selawat ke atas Rasulullah. niat dalam hati semoga Allah bagi kesembuhan kepada anak. untuk yg ni, kena yakin ye. tak boleh was-was. Yakin yang Allah dengar doa kita sbg ibu bapa.
    5. n ini tips utk mak ayah, cepat2 la amik cuti. salah seorang kena ddk rumah n jaga. sebab utk anak2, tahap kenaikan dan penurunan suhu adalah sgt cepat. jadi perlu monitor selalu. n gilir-gilir tidur. bkn apa, untuk make sure ada yang monitor anak yang demam ni.

    Itu je kot. yang penting, doa dan yakin yang Allah mendengar doa kita untuk beri kesembuhan kepada anak kita yang tersayang. InsyaAllah 🙂
    Riza Afzan Asri recently posted…Resepi Puding Jagung Mudah Lagi SedapMy Profile

    • nurainie says:

      Terima kasih Riza tips tu… yang gunakan air garam tu saya belum cuba lagi. Jika next time anak saya kena demam, saya akan cuba.. 🙂

  4. Akak pun selalunya akan jerlum dengan asam jawa kat kepala.. kain basah letak kat dua belah ketiak.. memang tak sanggup nak tidur kalau anak demam.. tidur duduk je.. takut jadi apa-apa.. *hover sangat mak mak.. haha
    Lin Chalo recently posted…Resepi ‘Homemade Playdoh’ Yang Murah, Mudah dan SelamatMy Profile

  5. Terima kasih untuk tulisan dan informasinya yang bermanfaat. Izin menyimpan tulkisannya untuk keluarga saya yah. 😀
    Gizikita recently posted…Masya Allah! Ini Dia 9 Kisah Mualaf yang Menggemparkan, Mulai dari Mantan Yakuza hingga Mantan Model PlayboyMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge