7 TIPS KESELAMATAN KANAK-KANAK SEMASA DI DAPUR

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini seperti kebiasaanya Ain akan memasak di rumah. Balik kerja mesti singsing lengan nak bersilat di dapur. Biasanya Ain masak yang mudah, sempoi dan sedap di makan. Bila hari minggu baru masak hover sikit.

Ketika sedang bertungkus lumus menyediakan persiapan masakan hari ini, Jasmine secara tiba-tiba cakap:

Ibu, Kak Min nak masak…

Sebenarnya Ain rasa agak terganggu juga sebab nak cepatkan. Tapi bila fikir balik masa inilah nak memperkenalkan serba sedikit tentang sayur, bawang dan ikan serta nak create bonding dengan anak. Teruja habis Jasmine bila dapat siang sayur Kailan.

Ibu, cepat la masak….

Anak ibu ni memang betul-betul tak sabar nak masak. “Sebelum masak kena kopek bawang dulu tau untuk perencah baru sedap”. Haaa terkulat-kulat Jasmine bila nengok bawang. Hehehe..

Sebenarnya Ain takut juga nak bawa Jasmine masuk dapur. Ye la budak-budakkan teruja dan tanpa di duga. Atas sebab itu Ain mengambil langkah keselamatan awal untuk mengelakkan sesuatu yang tidak terjangka terjadi. Antaranya:

  • Pisau di letakkan di tempat yang tinggi dan tidak terjangkau oleh tangan anak. Bila Jasmine nak pegang pisau, Ain cakap “Pisau bahaya kalau pegang tidak betul.. Boleh berdarah tangan”. Jasmine boleh terima..
  • Ain pastikan lantai dapur tidak licin atau percikan minyak yang bertaburan.
  • Jauhkan anak dari dapur yang panas. Bab ni memang Jasmine mula-mula tak nak dengar tapi bila dia nengok minyak ikan goreng meletop, terus dia takut. Alahai anak..
  • Jauhkan dia dari masakan panas. Apabila masakan panas telah siap letakkannya di tempat tinggi.
  • Simpan mancis atau penunu api di tempat yang selamat
  • Bila dah siap masak, kemas dan semak balik tempat yang betul perkakasan memasak di tempat yang betul

Ini tips yang Ain buat. Kalau ibu-bapa lain ada tips yang best boleh share kat sini. Dapur tempat yang seronok tetapi boleh jadi tempat yang sangat membahayakan… Jadi kena hati-hati. Malang tidak berbau…

Comments

  1. Good tips.

    Lagi satu.. letakkan kesemua barang-barang atas kabinet tu jauh sedikit ke dalam supaya anak-anak kecil tak boleh nak capai.

    Paling senang, bagi dorang alatan masak yang lain untuk dorang buat sendiri ‘aktiviti masak-masak’ dorang di lantai.. 😀
    Lin Chalo recently posted…Kongsi Pengalaman Bersalin Boleh Dapat ‘Coach Wristlet’?My Profile

  2. anak saya suka main lesung batu.
    Dr Fattah recently posted…Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

  3. tak tahu la nanti camana bila dah ada ramai budak-budak..

    haha..

    maknya yang pening lebih nanti.
    titan recently posted…15 sebab mengapa website LetsMasak ini menarik dan SEKSI.My Profile

  4. bagus juga nie boleh latih anak perempuan minat memasak dari kecil
    blogger lelaki recently posted…Mykad Smart Shopper AppsMy Profile

  5. anak saya suka main beras di dapur, main masak masak agaknya.
    Dr Fattah recently posted…Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

  6. bab dapur ni biasa MJ akan mintak anak tolong tumbuk bawang..tp bawang putih je..
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Leg Cramps (Kejang Kaki) Waktu HamilMy Profile

  7. Kalau anak perempuan.. memang teruja nak ke dapur.. hehe
    Aretikz recently posted…Si Tomboy, Si Pengkid dan Si LesbianMy Profile

  8. Thanks for d tips..biasalah anak dara ke anak teruna ke memang very, very “helpfull” di dapur 😉
    zara recently posted…Blighted Ovum – Punca dan Simptom Yang Anda Harus KetahuiMy Profile

  9. Anak boleh diajarkan untuk berbuat kreatif, tapi keselamatan harus diutamakan
    jhonny recently posted…Useful Tips For a Novice InvestorMy Profile

  10. Kena buat pagar kalau ada baby kecil supaya dia tak masuk kat dapur. Kalau anak seorang boleh lagi. Kalau ramai memang jenuh la nak ligan diorang
    Sweet Amanee recently posted…7 Tips shopping di expo barangan bayi semasa mengandungMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge