IMPIANKU AKHIRNYA TERCAPAI JUA

Assalamualaikum wbt. Harap korang tidak muntah bila Ain cerita pasal Pulau Pangkor je ye… Korang nak tau tak impian Ain kat Pulau Pangkor ni nak buat apa? Meh sini Ain beritahu. Ain teringin sangat nak masak sambal udang dan sotong goreng kunyit yang fresh dari laut! Memang cita-cita nampak agak kelakar tetapi percayalah berbaloi-baloi. Korang bayangkan udang yang gemuk-gemuk tu (tak tau nama udang apa.. udang harimau kot) en. Suami beli 6 ekor dekat kedai hanya RM 3.00 je… Terkejung-kejung jugak la kami laki bini nak mengabiskan udang-udang itu sebab besar sangat. Besarnya macam seekor udang panjangnya ikut diameter pinggan. Faham tak ni? Dah siap guna Bahasa saintifik bagai nih.

makanan laut di pulau pangkor

Yang sotongnya pula jenis besar juga tetapi lembut je. Bukannya jenis sotong liat tu. Terasa nikmat bagai di syurga je bila makan makanan yang diidamkan. Macam mana Ain masak? Heheee.. Part ni memang tril sikit. Kitaorang bawak periuk multicooker. Nak masak nasi boleh, menggoreng boleh, nak buat gulai pon boleh. Jadi memang tiada masalah. En. Suami pun sangat supporting bila sanggup keluar pagi-pagi cari bahan masak. Bawang, minyak masak, pinggan, cili, garam, kunyit serbuk, beras tu semua Ain bawa dari rumah. Masukkan dalam bekas kecil-kecil. Alhamdulillah boleh juga berjimat sedikit. Al maklumlah masa bercuti ni memang banyak nak pakai duit. Yang mana boleh kita jimat tu, jimat lah. Janji kenyang dan puas hati.

udang masak cili

Sekadar gambar hiasan

Resort juga mempunyai tingkap yang boleh di buka. Jadi tiada masalah kalau nak memasak. Tapi buat senyap-senyap la… hehehe (kalau mereka baca artikel ini habislah..) Makanan yang dah siap di masak itu Ain letakkan di dalam bekas plastic. Nanti lepas berendam di kolam boleh terus ngap!

Ni pengalaman Ain ketika berada di Pulau Pangkor…

Hari Pertama

Hari Kedua

PERUT DAH SAKIT TETAPI SERIAUNYA NAK KE TANDAS!

Assalamualaikum wbt. Petang-petang di bulan Ramadhan ini, sambil mencari resepi di internet secara tiba-tiba Ain teringat kenangan semasa berpantang anak yang pertama dahulu. Setiap kali nak pergi ke tandas mesti rasa gerun dan menakutkan. Bukan sebab ada hantu kay! Rasanya kebanyakkan ibu-ibu lepas melahirkan anak akan merasa perkara ini iaitu sembelit. Kalau tak duduk sejam dalam bilik air memang tidak sah…

 makanan hilangkan sembelit
Kenapa ya ibu dalam pantang selalu kena sembelit? Sebab selalunya semasa berpantang kebanyakkan ibu menyukat pengambilan air. Tambahan pula bayi menyusu badan. Jadi badan kekurangan air untuk melembutkan najis disamping kesan daripada otot yang lemah di bahagian pelvis kesan daripada mengandung. Nak buang air besar pun perlu gunakan otot tau. Sebab otot yang akan menggesa najis untuk keluar. Sekarang baru kita perasankan walaupun nampak kecil, hanya tidak boleh buang air besar ia menyebabkan bermacam-macam masalah. Jadi bagi mengatasi masalah korang, Ain nak share tips mengelak sembelit semasa berpantang. Tips ini Ain buat masa bersalinkan anak yang kedua. Alhamdulillah… Kena sembelit tu tidak lah teruk sangat sampai nak menangis.
 berpantang
  • Makan buah-buahan yang berserat tinggi seperti buah oren, epal dan prune. Buah-buahan ini membantu melembutkan najis. Walaubagaimanapun jika korang menyusukan bayi, pastikan perut bayi sesuai dengan buah oren sebab ada sesetengah bayi perutnya tidak tahan dengannya. Silap haribulan si bayi pula yang terberak-berak.
  • Oat juga sumber serat yang tinggi. Korang boleh ambil 5-8 sudu di pagi hari di campur bersama susu panas atau minuman coklat.
  • Minum susu. Susu merupakan sumber kalsium. Tahukah korang kasium membantu melegakan otot? Bayangkan semasa proses mengandung dan bersalin, otot di bahagian pelvis sangatlah terbeban dan berkerja keras? Bila ada kalsium ia membantu memperbaiki otot. Akan tetapi ada sesetengah orang langsung tidak boleh minum susu sampai rasa nak muntah. Pilihannya korang boleh mengambil pil kalsium. Pil kalsium itu perlulah ada gabungan Kalsium dan Magnesium. Kalsium dan Magnesium kena ada sama sebab jika hanya ada kalsium tetapi tiada Magnesium ianya sia-sia sebab kalsium tidak dapat di serap dengan baik oleh badan.
  • Makan makanan yang berkuah dan bersup seperti sup sayur sawi, sup lobak putih, sup ikan dan kuah singgang. Makanan-makan ini selain melegakan sembelit ia juga memperbanyakkan susu badan.
  • Tips yang last nampak macam kelakar tetapi boleh di aplikasikan. Hehehe… Cuba korang hias bilik air cantik-cantik ditambah pula bau-bau wangian yang wangi. Kalau bilik air tak best najis pun malas nak keluar. Jangan stress k!
Selamat mencuba!