TIPS MEMBAWA ANAK KECIL MEMBELI-BELAH BAJU RAYA

Assalamualaikum wbt. Alhamdulliah… Hari ini genap sudah 17 hari Ramadhan telah meninggalkan kita. Tinggal 2 minggu sahaja lagi Syawal bakal menjelma. Sementara masih berbaki lagi Ramadhan yang ada ini, seharusnya kita mengejar pahala seberapa banyak yang boleh. Mana tahu ini Ramadhan yang terakhir buat kita…

anak meragam

Ok.. Bila bermula pasti ada pengakhirannya. Sudah tentu habis Ramadhan tibanya Syawal pula. Pastinya persiapan hari raya ibu-bapa untuk anak-anak tidak kurangnya. Dulu semasa bujang dulu, Ain hanya fikirkan baju raya sendiri dan nak penuhkan rak kuih raya emak tetapi sekarang apabila sudah berkeluarga sudah tentu anak-anak yang di utamakan. Pendek kata persiapan anak lebih daripada mak bapak. Semalam Ain sekeluarga berbelanja di Jaya Jusco Melaka. Sementelah balik kampung boleh la singgah sekejap. Lagipun Jaya Jusco Melaka lebih banyak pilihannya. Apabila sampai di tempat jualan pakaian kanak-kanak, orang ramai sangat tetapi tak de lah sempit sangat sampai berlaga punggung nak jalan. Bila dah ramai-ramai tu faham-faham je lah, budak menangis sana-sini. Rimas dan lemas.. Alhamdulillah sepanjang kami membeli-belah persiapan raya, anak-anak jarang buat hal. Nak kata upah gula-gula tu jarang.. Jadi Ain nak share tips serba sedikt yang korang boleh ikut.. mana tau menjadi..

tempat permainan kanak-kanak

  1. Rancang masa bila nak pergi – Seelok-eloknya pergi sebelum puasa lagi. Ini Ain buat tahun lepas. Memang lega. Orang tak ramai, pakaian pun banyak pilihan. Tahun ini tidak sempat jadi kena pergi bulan puasa juga.
  2. Beri bayi/ anak-anak makan/ minum susu dahulu. Bila perut derang kenyang selalunya derang jarang meragam. Bila perut lapar tu meragam dan menjerit macam halilintar.
  3. Tidurkan anak-anak terlebih dahulu. Bayi/anak-anak akan meragam bila tidak cukup tidur.
  4. Sediakan kudap-kudapan untuk anak-anak makan. Membeli-belahkan sesuatu yang memenatkan. Kitapun yang dah dewasa ni bila balik shopping pon boleh terbongkang atas katil inikan budak-budak tu. Bawalah bekal biskut, buah-buahan, cekodok, kek dan apa yang bersesuaian. Air masak jangan lupa. Elakkan bawa air manis sebab apabila mereka minum air manis, secara automatik derang akan jadi hyperaktif. Air maniskan ada gula. Gulakan sumber tenaga. Kang mak bapak yang pengsan nak melayan anak.
  5. Pilih pusat membeli belah yang mempunyai tempat permainan. Ada sesetengah ibu bapa yang mengelak pergi kesitu atas alasan membazir tetapi cuba fikir nak shopping dengan rengekan anak atau nak biarkan dia leka dengan mainan. Pada ketika ini, tenaga dari bapa sangat diperlukan. Macam Ain, Ain pilih dulu mana baju yang berkenan, en. suami bawa anak-anak bermain. Bila dah dapat baju yang berkenan baru lah panggil derang cuba baju tersebut. Kalau ok barulah ambil dan bayar.
  6. Jika nak membeli-belah di tempat yang tiada penghawa dingin, pakaikan anak-anak baju yang sesuai berasaskan kain cotton atau yang boleh menyerap peluh.
  7. Tetapkan berapa masa yang perlu di ambil. Contohnya 2 jam sahaja. Selalunya budak-budak cepat bosan dan paling lama boleh bertahan 2-3 jam sahaja. Lebih dari itu derang akan buat perangai.
  8. Ain akan buat pesanan penaja sebelum sampai tempat shopping. Ain ingatkan anak-anak jangan buat perangai, jangan jerit-jerit, jangan guling-guling, jangan nak minta macam-macam.. Hahahaha… nampak ganas je maknya ni tetapi percayalah buat macam ini lebih berkesan. Walaubagaimanapun Ain tetap belikan seorang satu mainan tanda menghargai usaha derang tidak buat perangai. Selalunya Ain belikan belon je.. heheehe.. Itupun derang happy sangat…

Amacam? Dah berani nak bawa anak-anak jalan shopping raya? Heeehehe… Betabahlah wahai ibu bapa sekalian… Jangan di marahkan anak jika derang meregek di pusat membeli belah cuma mereka tiada cara lain nak beritahu kita yang derang dah penat dan bosan… Peace!!!

Jom baca ni: Tempat permainan yang best!

APA YANG PERLU DI BUAT JIKA BAYI DEMAM PANAS?

Assalamualaikum wbt. Ayah dan ibu… jika anak-anak demam panas mesti tak tidur malam kan? Setiap jam pantau perkembangan suhu badan anak kan? Ain juga pernah mengalami perkara macam ini. Masa itu Jasmine baru 3 bulan. Allah sahaja yang tahu perasaan ini. Jam 4 pagi terpaksa bawa Hospital masuk bahagian Kecemasan sebab suhu badan Jasmine ketika itu dah 39 Celcius. Sampai sahaja di Hospital doktor berikan ubat punggung. Alhamdulillah mudah sahaja panasnya turun. Berdebar juga bila nengok anak di pangkuan tidak bermaya. Tetapi biasalah anak yang pertama masih lagi belum ada pengalaman.

bayi demam

Sejak dari peristiwa itu, Ain banyak mencari info dari emak dan kawan-kawan lain tentang apa yang perlu di buat bila bayi demam panas. Alhamdulillah selepas itu tiada lagi pengalaman yang mendebarkan sebab dah tahu serba sedikit apa yang perlu di buat. Ain nak share ni sebab mana tahu mungkin serba sedikit dapat membantu ibu-bapa yang sedang mengalami perkara yang sama macam Ain dulu.

minyak bawang putih

  • Apabila bayi dah mula demam panas, tuamkan bayi dengan air sejuk. Jangan air sejuk yang macam ais tu ya. Nanti panas cepat turun dan cepat naik. Gunakan air sejuk biasa di batang paip. Tuamkan bayi di bahagian pelipat seperti leher, ketiak, pelipat kaki. Paling mustahak sekali letak tuala basah di kelapa bayi.
  • Jerlumkan kepala bayi dan sapukan keseluruhan badan bayi dengan air asam jawa. Asam jawa yang kita buat masak asam pedas di rumah tu. Buat air asam jawa tu jangan pekat-pekat sangat cukup sekadar cair sahaja. Sapukan di kepala dan keseluruhan badannya. Asam jawa mempunya bahan yang membantu menurunkan panas badan dengan cepat. Masa Ain kecil-kecil dulu mak selalu buat macam ini.
  • Pakaikan bayi baju lobang-lobang. Ain memang sediakan khas baju ini di pakai semasa anak demam. Jangan pakaikan bayi dengan baju tebal kerana haba di dalam badan akan terperangkap di dalam badan. Jika tiada longgarkan baju baju bayi.
  • Buat minyak bawang putih. Bakarkan bawang putih bersama kulitnya. Bakar sehingga kehitaman sedikit. Kemudian tumbuk ia bersama minyak zaitun. Jangan lupa berselawat ketika menumbuk itu sebab sakit semua itu datangnya dari Allah. Daripada dia ia datang kepada Dia ia kembali. Kemudian sapukan minyak tersebut di belakang dan di depan badan. Bawang putih merupakan sumber antibiotik semulajadi yang Allah jadikan.
  • Beri air kelapa. Air kepala yang di campur dengan secubit garam. Orang tua kata air kelapa ni bisa. Jadi nak hilangkan bisanya tu kena tambah sedikit garam. Jangan lupa berselawat keatas nabi. Air kelapa sesuai di beri jika bayi sudah melebihi umur 6 bulan. Bawah 6 bulan masih belum boleh lagi ye. Beri bayi hanya 1 sudu sahaja sekali makan pada waktu tengahari dan sebelah petangnya dalam jam 4-5 petang beri lagi sesudu. Jangan beri banyak-banyak ya nanti kembung bayi nanti sebab kita tidak tahu perut bayi macam mana. Selepas itu air lebihan air kelapa itu boleh di buat mandi. Selalunya Ain buat dekat anak-anak rawatan ini apabila dah makan ubat hospital masih lagi tidak jalan. Orang tua-tua kata kalau demam lama dan panas selalunya demam campak nak keluar. Buat rawatan ini selama 3 hari atau sehingga sebuh. Air kelapa muda juga sumber antibiotik semulajadi.
  • Sediakan ubat punggung. Zaman dulu ubat punggung tiada sebab tu ramai bayi yang kena sawan. Apabila suhu bayi mencecah 39 celcius sebaiknya masukkan ubat punggung dan jarakkan pengambilannya dengan paracetamol sirap sebab fungsi kedua-duanya adalah menurunkan suhu badan.

Sekiranya keadaan berlarutan sehingga 3-4 hari lebih baik di bawa ke Hospital untuk melakukan ujian darah. Walaubagaimanapun ini hanyalah pengalaman Ain sendiri dan ia sesuai dengan anak-anak Ain. Jika korang nak mencuba boleh, tetapi kesannya mungkin berlainan. Selamat mencuba!

IMPIANKU AKHIRNYA TERCAPAI JUA

Assalamualaikum wbt. Harap korang tidak muntah bila Ain cerita pasal Pulau Pangkor je ye… Korang nak tau tak impian Ain kat Pulau Pangkor ni nak buat apa? Meh sini Ain beritahu. Ain teringin sangat nak masak sambal udang dan sotong goreng kunyit yang fresh dari laut! Memang cita-cita nampak agak kelakar tetapi percayalah berbaloi-baloi. Korang bayangkan udang yang gemuk-gemuk tu (tak tau nama udang apa.. udang harimau kot) en. Suami beli 6 ekor dekat kedai hanya RM 3.00 je… Terkejung-kejung jugak la kami laki bini nak mengabiskan udang-udang itu sebab besar sangat. Besarnya macam seekor udang panjangnya ikut diameter pinggan. Faham tak ni? Dah siap guna Bahasa saintifik bagai nih.

makanan laut di pulau pangkor

Yang sotongnya pula jenis besar juga tetapi lembut je. Bukannya jenis sotong liat tu. Terasa nikmat bagai di syurga je bila makan makanan yang diidamkan. Macam mana Ain masak? Heheee.. Part ni memang tril sikit. Kitaorang bawak periuk multicooker. Nak masak nasi boleh, menggoreng boleh, nak buat gulai pon boleh. Jadi memang tiada masalah. En. Suami pun sangat supporting bila sanggup keluar pagi-pagi cari bahan masak. Bawang, minyak masak, pinggan, cili, garam, kunyit serbuk, beras tu semua Ain bawa dari rumah. Masukkan dalam bekas kecil-kecil. Alhamdulillah boleh juga berjimat sedikit. Al maklumlah masa bercuti ni memang banyak nak pakai duit. Yang mana boleh kita jimat tu, jimat lah. Janji kenyang dan puas hati.

udang masak cili

Sekadar gambar hiasan

Resort juga mempunyai tingkap yang boleh di buka. Jadi tiada masalah kalau nak memasak. Tapi buat senyap-senyap la… hehehe (kalau mereka baca artikel ini habislah..) Makanan yang dah siap di masak itu Ain letakkan di dalam bekas plastic. Nanti lepas berendam di kolam boleh terus ngap!

Ni pengalaman Ain ketika berada di Pulau Pangkor…

Hari Pertama

Hari Kedua

PERUT DAH SAKIT TETAPI SERIAUNYA NAK KE TANDAS!

Assalamualaikum wbt. Petang-petang di bulan Ramadhan ini, sambil mencari resepi di internet secara tiba-tiba Ain teringat kenangan semasa berpantang anak yang pertama dahulu. Setiap kali nak pergi ke tandas mesti rasa gerun dan menakutkan. Bukan sebab ada hantu kay! Rasanya kebanyakkan ibu-ibu lepas melahirkan anak akan merasa perkara ini iaitu sembelit. Kalau tak duduk sejam dalam bilik air memang tidak sah…

 makanan hilangkan sembelit
Kenapa ya ibu dalam pantang selalu kena sembelit? Sebab selalunya semasa berpantang kebanyakkan ibu menyukat pengambilan air. Tambahan pula bayi menyusu badan. Jadi badan kekurangan air untuk melembutkan najis disamping kesan daripada otot yang lemah di bahagian pelvis kesan daripada mengandung. Nak buang air besar pun perlu gunakan otot tau. Sebab otot yang akan menggesa najis untuk keluar. Sekarang baru kita perasankan walaupun nampak kecil, hanya tidak boleh buang air besar ia menyebabkan bermacam-macam masalah. Jadi bagi mengatasi masalah korang, Ain nak share tips mengelak sembelit semasa berpantang. Tips ini Ain buat masa bersalinkan anak yang kedua. Alhamdulillah… Kena sembelit tu tidak lah teruk sangat sampai nak menangis.
 berpantang
  • Makan buah-buahan yang berserat tinggi seperti buah oren, epal dan prune. Buah-buahan ini membantu melembutkan najis. Walaubagaimanapun jika korang menyusukan bayi, pastikan perut bayi sesuai dengan buah oren sebab ada sesetengah bayi perutnya tidak tahan dengannya. Silap haribulan si bayi pula yang terberak-berak.
  • Oat juga sumber serat yang tinggi. Korang boleh ambil 5-8 sudu di pagi hari di campur bersama susu panas atau minuman coklat.
  • Minum susu. Susu merupakan sumber kalsium. Tahukah korang kasium membantu melegakan otot? Bayangkan semasa proses mengandung dan bersalin, otot di bahagian pelvis sangatlah terbeban dan berkerja keras? Bila ada kalsium ia membantu memperbaiki otot. Akan tetapi ada sesetengah orang langsung tidak boleh minum susu sampai rasa nak muntah. Pilihannya korang boleh mengambil pil kalsium. Pil kalsium itu perlulah ada gabungan Kalsium dan Magnesium. Kalsium dan Magnesium kena ada sama sebab jika hanya ada kalsium tetapi tiada Magnesium ianya sia-sia sebab kalsium tidak dapat di serap dengan baik oleh badan.
  • Makan makanan yang berkuah dan bersup seperti sup sayur sawi, sup lobak putih, sup ikan dan kuah singgang. Makanan-makan ini selain melegakan sembelit ia juga memperbanyakkan susu badan.
  • Tips yang last nampak macam kelakar tetapi boleh di aplikasikan. Hehehe… Cuba korang hias bilik air cantik-cantik ditambah pula bau-bau wangian yang wangi. Kalau bilik air tak best najis pun malas nak keluar. Jangan stress k!
Selamat mencuba!

MEROYAN DI TWITTER, FACEBOOK, INSTAGRAM……WHY BOTHER…WHY BOTHER…WHY BOTHER!

Assalamualaikum wbt. Korang pernah rasa menyampah tak bila ada friendliest kita meroyan pagi-pagi di fesbuk? Marah sana-sini macam dia seorang ada masalah dunia. Rata-rata kita mesti rasa macam tak seronokkan? Akhirnya bila kita rasa menyampah bila hari-hari nampak status macam tu, kita pon unfriend beliau. Padahal kita tiada niat pun tak nak kawan dengan dia. Ain juga pernah mengalami situasi macam ini. Rasa serba salah juga sebenarnya tetapi nak buat macam mana perasaan ku ini juga perlu di jaga.

etika di media sosial

Tidak kurang juga di group-group ibu mengandung dan ibu menyusukan anak. Bila di tanya pendapat ada sesetengah ibu yang terlalu lantang berkata-kata dan ada juga yang jenis cepat sentap padahal masing-masing nak mencari penyelesaian masalah kehamilan dan penyusuan. Emosi orang perempuan ini memang cepat terusik tambahan pula berinteraksi hanya melalui elektronik. Jadi salah faham itu sentiada ada. Kadang-kadang kita tulis lain tetapi di tafsirkan lain.

Pengalaman Ain mengandungkan anak-anak dulu, semasa mengandungkan anak yang pertama sentap tu tak de lah sangat tetapi bila mengandungkan anak yang kedua rasa semuanya macam tak kena. Asyik marah dan sentap je. Kesian juga en. Suami melayan isterinya ini. Mujurlah pada ketika itu Ain cepat tersedar. Selain berzikir, baca al-Quran, mencium bau aroma terapi, Ain mengamalkan Bcomplex. Bcomplex ni boleh diistilahkan sebagai vitamin anti stress. Korang perasan tak bila tengah marah mesti rasa tetiba kepala jadi panas, rasa macam semua darah naik ke kepala? Urat semua tegang. Haaa… tu maknanya badan sedang menghantar isyarat ke otak yang korang tengah marah dan apa tindakan yang perlu di buat ketika itu.

Bila darah tengah naik, pastinya sistem saraf akan terjejas. Pernah dengar tak, kalau kita senyum hanya memerlukan 18 otot tetapi jika kita marah sebanyak 81 otot akan berkerja. Sebab itu orang yang selalu marah nampak tua kerana otot penat berkerja. Sama juga istilah seperti ini. Bila kita marah otot atau saraf kita akan rosak dan terjejas. Tidak pasal-pasal kena darah tinggi semasa mengandung atau sawan (mujur Ain tidak kena)… Itulah fungsi Bcomplex sebenarnya mencegah stress dan melindungi saraf daripada kesan stress. Bila kita dah tidak stress lagi, kita akan jadi wanita yang comel dan di sayangi suami… Tak gitu? Suami pon terbeban bila nengok kita menjeruk je… muka pon dah macam ikan masin…

kurangkan tekanan perasaan

Jika menyusukan anak, Bcomplex ini sangat membantu sebab nak menyusukan anak ini, perasaan kena sentiasa ceria. Tak mo sedih-sedih. Nanti susu segan nak keluar. Kenapa Ain cakap macam ini? Sebab hormon prolaktin (hormon penyusuan) sangat berkait rapat dengan hormon oxytocin (hormon kegembiran).  Selalunya mak-mak yang stress di tempat kerja, stress stok susu tinggal sedikit atau bermasalah dengan orang lain akan mengalami perkara ini. Secara tiba-tiba susu merudum. Lalu di cuba bermacam-macam milkbooster tetapi hasilnya nan hado.. Kesian.. Jadi korang tidak perlu nak meroyan bagai nak mencari milkbooster segala semata-mata nak banyakkan susu. Gembirakan hati, kurangkan tekanan dan amalkan bcomplex. Insyallah susu kembali meriah! (dengan syarat jangan mengelat pam susu dan ikut jadual penyusuan).

Nak order bcomplex? Hubungi je Ain di 016-6684862.

Happy brestfeeding and happy mom-to-be!

MELAKAR CINTA DI PANTAI PULAU PANGKOR

Assalamualaikum wbt. Tajuk entry ini memang tidak menahan dan jiwang karat habis. Ye lah bercuti bersama suami dan anak-anak tu kan salah satu proses memupuk cinta… Salah satu sebab Ain terpaut hati dengan Pulau Pangkor ni sebab lautnya cantik… saujana mata memandang di samping deruan angin laut yang menderu. Pada hari kedua trip ni selesai sarapan pagi dan buat projek masak memasak, kami sekeluarga buat keputusan nak pergi ke island hopping. En. Suami sewa satu bot terus. Katanya kalau campur ramai-ramai nanti takut tidak selesa. Ye lah dengan bawa anak kecil lagi. Harga sewa bot untuk island Hopping di Pulau Pangkor ni RM 150.00 sahaja. Macha ensem akan bawa Ain sekeluarga jalan-jalan pusing pulau, bagi ikan makan dan berenang. Ain tidak memilih snorkelling sebab Ain tak pandai berenang. Jadi Ain memilih untuk berendam di pantai yang cetek je lah.

tempat percutian yang menarik untuk keluarga

Jasmine menangis ketakutan

Anak-anak la yang paling takut sekali bila naik speed boat tu. Melambung-lambung bila di pukul ombak. Emaknye ni saja je buat muka ganas padahal dalam hati kecut! Jasmine dan Zafri masa mula-mula naik speed boat menangis dan melalak sakan  sebab ketakutan. Lama kelamaan setelah di pujuk derang jadi ok. Tertidur ada juga sebab kena angin laut. Bila sampai tempat bagi ikan makan tu, macha ensem bawa boat tu bagi kat budak-budak ini roti untuk bagi ikan-ikan makan. Kemain seronok lagi mereka. Dah selesai bagi ikan makan, kitaorang pergi ke pantai tempat berenang. Cetek jer air nya. Kalau anak-anak nak berenang memang tidak takut la. Malangnya Jasmine dan Zafri tidak mahu berenang. Malah lebih teruja nak bermain pasir. Peralatan main pasir semuanya dah dibawa. Kami habiskan masa di sini lebih sejam. Puas jugalah berenang dan berendam disini. Sampai nak pengsan jugalah Ain di buatnya. Balik bila sampai di resort terus makan dan tidur. Tidur mati tau! Masing-masing penat sangat tu..

bercuti bersama keluarga

Aktiviti di petang hari lebih kepada santai. Kami mandi kolam je. Dah tak larat nak berjimba ketempat lain. Tapi hairan juga bila nengok anak-anak ni derang tak penat ke? Sebab derang bermain macam tak penat-penat. Kesudahnya Ain yang surrender. Makan malam pula, kami makan di Teluk Nipah. Teluk Nipah ni tempat makan dan jual barangan cenderahati. Harga untuk 4 orang makan lebih kurang RM 100++. Makan ketam 2 ekor, kerang bakar 1 mangkuk, udang dan ikan siakap tiga rasa. Mahal tapi tutup mata. Fikir kita tengah makan di secret recipe je ni.  Untuk pengetahuan korang, rata-rata kedai makan kat sini kebanyakkannya tiada tandas. Jadi mana yang ada anak kecil tu suruh derang membuang apa yang patut dahulu. Orang dewasa pon sama. Kang tak pasal-pasal kena melepas kat tepi laut je.. Kalau rasa nak cuba pengalaman baru boleh la cuba.. cuma pandai-pandai la menyorok kat belakang batu ye.. hahahaha

Nak baca pengalaman hari pertama di Pulau Pangkor? Klik sini Hari pertama di Pulau Pangkor