BERCUTI DI PULAU PANGKOR

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali Ain nak minta maaf sebab dah lama tidak update blog ini. Ribuan terima kasih Ain ucapkan untuk korang yang sentiasa memberi sokongan yang sentiasa menjengah blog ini tanpa rasa menyampah.. Pergh! Ucapan dah macam Pengetua Sekolah nak pencen. Prektis..prektis.. walaupun lagi 30 tahun berkhidmat dengan bangsa dan negara.

Hari Pertama

Ok bermadah pujangga dah sudah.. Sekarang ni nak masuk benda best iaitu berjimba di Pulau Pangkor! (Berjimba tu maknanya bersuka ria).. Siapa yang tidak suka bercuti atau jenjalan angkat tangan! Rasanya semua orang suka bercuti lebih-lebih lagi bersama keluarga. Ain teringat masa anak-anak kecil lagi tengah menyusu badan lagi, nak bergerak memang hazab. Nak balik kampung je dah macam nak pindah rumah. Rasanya kalau sewa satu kontena pon berbaloi. Almaklumlah nak kena bawa baju, botol susu (kakak punya), buaian, tilam, bantal dan pelbagai lagi. Bila anak-anak dah besar ni lega lah sikit.

Macam mana ya Ain terfikir nak ke Pulau Pangkor? Sebenarnya Ain tidak pernah pergi ke Pulau Pangkor (kesian..). En. Suami pernah la masa kecil dahulu. Jadi memandangkan Pulau Pangkor tu dekat dalam 3 jam perjalanan (dah macam KL-Melaka) jadi kami decide nak ke Pulau Pangkor aje…. Alaa percutian yang sempoi-sempoi je anak beranak.. Yang paling eksited sekali dah tentu lah anak-anak..

Ibu, kak Min nak mandi kolam dan main pasir

Perjalanan kami ke Pulau Pangkor bertolak agak lewat sedikit dalam jam 11.00 pagi sebab nak uruskan anak-anak dan rumah. Sebelum memulakan perjalanan kami pekena dulu roti canai dan nasi lemak. Kalau terlewat sikit sampai ke jeti Teluk Batik tak de lah sengsara perut kelaparan. Perjalanan pergi ini En. suami ikut jalan kampung iaitu Hulu Langat-Tanjung Karang- Manjung-Teluk Batik. Katanya nak nengok pemandangan kampung orang. Lagipun di sabak bernam banyak sawah padi yang cantik pemandangan. Sejuk mata memandang. Malangnya jalan di kebanyakkan kawasan teruk lubang bertampal-tampal. Nasib baik ekzober tidak tercabut. Anak-anak yang diduduk di belakang nasib baik tidak muntah. Rasa serik juga ikut jalan kampung.

Kami hanya berhenti di Stesen Petronas Manjung sahaja untuk luruskan pinggang dan urusan alami. Masa ini anak-anak dah sibuk tanya:

Ibu, lambat lagi ke nak sampai?

Dah penat lah tu. Sabar ye nak.. jap lagi kita sampai kita naik bot besar. Mujurlah derang ok disamping sogokkan dengan keropok kentang dan gula-gula (ni dah macam darurat.. kalau tak jangan harap nak bagi cikedis ni). Kami sampai di Jeti Marina, Teluk Batik sekitar jam 3.00 petang. Kami memilih menaiki feri dari Jeti Marina, Teluk Batik kerana setelah membuat beberapa review, ramai yang yang kata di Jeti Marina lebih selesa dan tidak ramai orang. Sangai sesuai untuk yang membawa anak kecil.

jeti marina teluk batik

Harga tiket untuk dewasa RM 10.00 manakala harga untuk kanak-kanak RM 5.00 untuk laluan pergi dan balik. Korang jangan buang pula tiket tu bila dah sampai Jeti Pangkor ye sebab nanti nak balik ke Jeti Marina Teluk Batik nanti derang minta tiket yang masa mula-mula di beli tu. Perjalanan mengambil masa sekitar 15 minit je. Tak sempat pon nak tidur.

Keselamatan kanak-kanak semasa menaiki feri ini perlu diawasi sebab Jasmine dan Zafri tidak pernah naik bot jadi derang agak ketakutan. Mujurlah ada pembantu feri yang menjaga dan menaikkan anak-anak ke dalam feri. Bukannya apa Zafri boleh nak patah balik secara meluru bila nengok ibu nya tiada. Nasib baik pakcik feri tu cepat tangkap Zafri. Ye lah maknya pon takut juga nak melangkah masuk feri yang terhuyung hayang.. hehe. En. Suami pula dah tentu jadi tukang mengangkut barang. Bila di nasihatkan tentang bahaya-bahaya naik feri baru lah derang faham, nak turun dah relaks tak takut.

jeti marina teluk batik

Sebaik sahaja sampai di Jeti Pulau Pangkor terdapat perkhidmatan teksi dan kereta sewa yang di tawarkan. En. Suami memilih untuk menyewa kereta Wira sahaja. Katanya senang nak bergerak dengan anak-anak. Harga sewa untuk 3 hari ialah RM 150 (mahal wooo!).  Dah dapat kunci kereta terus berdezup nak check in resort. TAk sabar nak check in nak golek-golek atas katil luruskan pinggang. Sebelum tu en. suami isi minyak dulu RM 20.00 je. Alaaa Pulau Pangkor bukannya besar pon. Orang kata kentut pun boleh berbau (ni perumpamaan je tau..). Kat Pulau Pangkor ni ada sebiji je stesen minyak iaitu Buraq Oil. Dah settle semua, akhirnya sampai di resort iaitu Pangkor Sandy Beach Resort.

pangkor sandy beach resort

Resort ni ok la terletak di hadapan laut. Agak-agak kalau malas nak buka mata bangun pagi. Guling-guling pastu terus masuk laut habis cerita.. hehehe… Ok sambung balik cerita check in tadi. Selesai je check in dapat kunci bilik, Jasmine dan Zafri dah tak menyabar-yabar nak terjun kolam. Nampaknya angan-angan nak bergolek-golek atas katil musnah. Jadi sejukkan badan terus tukar baju mandi. Kolam kat sini kecil je sebab resort ni pon kecil je dan tak ramai orang jadi selesa sangat nak berendam.

pulau pangkor

 

Dah puas berendam, dah tiba makan malam. Kami makan malam di Teluk Nipah. Semasa bermandi manda di tepi laut petang tadi, en. suami ada bersembang dengan apek sewa bot, dia cakap makan kat Teluk Nipah mahal, cekik darah.. Jadi hati-hati makan di sana takut kena “sembelih”.. Jadi malam tu kitaorang makan yang simple-simple je sebab masing-masing dah penat nak tidur.

Nak tau tak kitaorang sampai tersesat cari Teluk Nipah ni. Tersesat sampai lalu kat kawasan berbukit yang trill teramat (jalan macam nak naik Genting).. Dah la tengah-tengah malam.. tak de lampu jalan, tengah hutan.. nasib baik anak-anak tidur.. Ain tutup mata! Takutttt! Tetapi alhamdulillah sampai jua destinasi yang di tujui…

Ok… esok Ain sambung entry Hari ke-2 ye… mata dah ngantuk ni… Byeeee…..

CARA MENGURANGKAN KEGATALAN RUAM BAYI

Assalamualaikum wbt. Ain suka sangat cium pipi bayi. Rasa macam nak di cubit-cubit je pipi yang tembam itu. Macam nak makan pun ada. Dah macam kuih pau! Grrrrr! Tapi kesian tau bila ada sesetengah bayi yang tidak bernasib baik ada ruam di pipi. Selalunya bayi yang baru lahir mempunyai masalah ini kerana kulit sensetif. Anak Ain, Zafri dulu kena macam tu. Nak cium tak boleh nak keluar rumah malu! Mana taknya ruam pipinya dah teruk sangat.. dah sampai berair-air. Orang kata ekzema.

ruam bayi dan ekzema

Ketika ini ruam zafri dah ok sikit. Nampak tak kesan merah tu? Tu lah tempat ruam tu bertepek..

Bila pergi mana-mana mesti ramai yang beri petua cara hilangkan ruam itu. Ada yang suruh letak ubat gigi lah, tepung sagu lah, minyak zaitun dan pelbagai lagi. Kalau nak di ikutkan semua diatas dah buat tapi kesannya lagi teruk. Sedih wooo orang pandang je… Nasib baik kitaorang jenis mak bapak muka tebal. Kalau mana-mana ibu bapa yang mengalami masalah seperti ini di nasihatkan kebalkan hati melihat pandangan orang lain yang jijik nengok anak kita. ┬áLagipun masalah ekzema adalah masalah biasa bagi bayi sebab bayi tidak tahan panas, , habuk dan hama. Zafri ni jenis memang tak tahan panas. Anak kacukan London lah konon..

Jadi bagi mengurangkan kegatalan dan keradangan ekzema tu Ain buat beberapa perkara yang sesuai. Kesian kan budak, asyik meregek je..

krim untuk ruam bayi

Krim ni tanpa steriod. Zafri pakai ni kurang sikit berairnya tu

Selalunya masalah ekzema terjadi sebab kulit kering dan gatal. Bila dah gatal maka asyik menggaru je kerjanya sehingga luka. Kalau bayi mesti derang geselkan sarung tangan di muka. Jadi bagi mengatasinya Ain sapukan losyen pelembab di seluruh badan Zafri. Di mukanya pula Ain sapukan krim tanpa streroid. Bahaya tau jika gunakan krim yang mengandungi steriod sebab nanti ia akan menjejaskan otak bayi dan ekzema akan bertambah teruk jika berhenti menggunakan krim tersebut.

cara merawat ruam bayi

Bab penjagaan peribadi pula Ain tukarkan akan baju, sarung bantal, tuala setiap hari. Kuman cepat merebak. Sebelum jadi apa-apa baik kita menghindarinya. Dari segi mandian pula Ain pakai mandian Pureen yang perisa buah-buahan tu sebab ia di lengkapi pelembab.

Masa ini Ain memang makan berpantang sebab menyusukan Zafri. Kang makan ayam ke, udang ke mesti pipi dia naik ruam yang merenyam tu. Tetapi kenkadang tu dah tak tahan melihat sambal udang petang sambau la jugak 2 ekor udang untuk lepaskan kempunan.

Tiap kali lepas menyusukan Zafri, Ain lap pipi Zafri dengan tuala lembab. Ada orang cakap air susu tu yang menyebabkan ruam tu menjadi. Wallahualam.

Bab sabun basuh baju Zafri memang Ain asingkan. Baju-baju Zafri Ain basuh menggunakan pencuci baju organik bagi mengelakkan kerengsaan pada kulit bayi.

Haaa… korang boleh la cuba tips-tips ni ya. Insyallah membantu. Selamat mencuba!