SUKA RIA DI JKIDS PLAYGROUND & KIDS PARTY

Assalamualaikum wbt. Bangun pagi ini selepas solat Suboh Ain mula mengemas apa yang patut untuk anak-anak bawa ke taska. Botol susu, 3 pasang baju dan tuala dah siap packing dalam bag anak-anak. Biasalah tugas mak-mak yang hantar anak ke taska atau pengasuh, memang itu jadi rutin harian. Lepas selesai kemas barang anak-anak, baru lah Ain siapkan diri nak pergi kerja.

Bila terfikir pasal anak-anak ni derang suka sangat bermain. Apabila bermain ia akan meransang motor skill dan perkembangan otak mereka supaya meneroka lebih jauh lagi (iklan susu jap). Tidak ketinggalan juga anak-anak Ain. Kalau pergi padang permainan tu habis di tawan satu padang. Berlari kesana kemari. Cuma mak bapaknya yang pengsan nak kejar.

gathering di one city putra height

Berkejaran di taman bersama anak-anak kecil memang seronok tetapi keadaan jadi tidak seronok apabila hari hujan, peralatan taman mainan rosak dan di ‘tawan’ kanak-kanak besar dan mak bapak yang jenis ‘permainan tu dia yang punya’. Memang tak best bila keadaan jadi macam ni. Takkan nak tarik rambut pula kat taman mainan kan?

Jadi Ain malas nak panjangkan cerita kebetulan pada masa itu memang nak jumpa geng bisnes di OneCity, Putra Height jadi derang beritahu ada playground di tingkat 1A boleh bawa anak-anak main disitu. Suka la anak-anak bila cakap nak main gelongsor. En. suami yang bawakan mereka. Selesai berbincang Ain terus naik ke tingkat 1A. Tercari-cari juga mana lah pergi nya tempat mainan yang di katakan itu. Jalan depan sikit rupanya ia di dalam lot kedai dan bukan secara terbuka.

Nama premis tu Jkids Playground & Kids Partyl. Dari luar dah nampak tempat itu penuh dengan mainan yang warna warni. Terpegun juga nengok reka bentuk dan ia playground ni. Ye lah tak pernah tersangka ada playground macam ni ada kat premis kedai (maaf saya ni membesar di kampung jadi macam terkujat bila nengok benda-benda baru macam ni… hehehe).

Sebaik sahaja Jasmine dan Zafri nampak ibunya, terus derang panggil suruh masuk. Eksited sangat anak-anak ibu ya… Seronok sangat mereka sampai susah nak ajak makan tengahari. Pujuk nak datang balik baru mereka nak makan. Untuk makluman korang playground ini, masuk BUKAN percuma ya.. Ia BERBAYAR. Harga kemasukkannya RM 30.00 seorang untuk sepanjang hari. Maknanya masuk jam 10.00 pagi lepas tu nak makan tengahari ke jenjalan ke lepas tu sambung balik main sampai tutup pun boleh.

Nak masuk sini kena pakai stokin sebab permukaan mainan tu akan grip bila pakai stokin. Kalau korang lupa bawa stokin, korang boleh beli stokin RM 3.00 di kaunter. Bayaran kemasukkan ibu-bapa atau penjaga adalah PERCUMA. Had kanak-kanak ialah dari 6 bulan sehingga 13 tahun. Disini juga ada tempat buat birthday party. Seronok la mereka jika buat party di sini. Sambil makan sambil bermain. Jom layan beberapa gambar yang sempat Ain snap. Layannn…

Tempat permainan kanak-kanak yang selesa

 

Nampak tak kegembiraan mereka disitu? Bersinar-sinar mata masing-masing bila dapat main. Dengan mak bapak sekali terjebak main.. hahaha.. Dari segi keselamatan pula agak terjamin tetapi masih memerlukan pengawasan.

taman permainan kanak-kanak

 

Kalau korang nak bawa anak-anak bermain di sini di persilakan. Cuma standby je la duit.. hehehe..

BAGAIMANA CARA PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI SELEPAS DILAHIRKAN?

Assalamualaikum wbt. Tali pusat bayi merupakan tempat saluran pelbagai nutrien dan oksigen semasa bayi di dalam kandungan ibu. Ada sesetengah ibu bapa yang gerun dan geli apabila melihat tali pusat anak. Pada peringkat permulaan kelahiran bayi memang agak mengerunkan kerana tali pusat dalam keadaan basah. Penjagaan tali pusat bayi sangat penting bagi mengelakkan sebarang jangkitan atau pendarahan. Ain juga pada permulaanya geli juga melihat tali pusat tapi bila dah tanggal baru ok.. Jadi bagaimana penjagaan tali pusat yang betul? Meh kita terjah.

bersihkan tali pusat (Custom)

Selepas bayi di lahirkan,  Ain bersihkan tali pusat dengan Alcohol Swab atau Etanol supaya ia cepat tanggal. Rasanya agak berangin sedikit. Alaaa.. yang kalau injet mesti cik misi bagi kapas berisi etanol untuk hentikan darah. Pusat bayi pada ketika ini perlu betul-betul di bersihkan. Kalau boleh korek mana bahagian yang terlipat tu dengan putik kapas. Perasan tak sebelum tali pusat tanggal, mesti bayi akan merengek. Sakit rasanya..

cara bersihkan tali pusat bayi

Bayi pula tidak perlu dimandikan untuk mengelakkan luka tali pusat busuk dan bernanah. Korang hanya perlu lap badan bayi dengan air suam. Selepas tali pusat tanggal baru lah di mandikan bayi. Selalunya tali pusat bayi tertanggal paling cepat sekitar 4-5 hari dan paling lama sehingga 2 minggu. Ia berbeza bagi setiap bayi. Pastikan tali pusat bayi tidak tertutup dengan lampin supaya tidak terkena air kencing. Sekiranya dalam masa 2 minggu pusat bayi masih lagi tidak tertanggal, korang kena bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

petua tali pusat cepat tanggal

Jika petua orang tua dulu-dulu lepas pusat bayi di bersihkan dan di tuam perutnya, letak duit 50 sen di pusat dan tutup dengan daun mengkudu untuk mengelakkan pusatnya sakit. Sejauh mana keberkesannya tidak dapat di pastikan tetapi mak Ain buat macam ni dan budak-budak ni serasi. Ada juga kawan-kawan Ain letak minyak gamat kat pusat anak derang ada yang ok ada yang tak ok. Ada tu sampai sebulan tali pusat anaknya masih basah lagi. Mujurlah tidak sampai bernanah. Akhirnya doktor beri krim antibotik dan etanol untuk merawatnya.

Tanda-tanda bahaya pada bayi yang korang perlu perhatikan sekiranya tali pusat masih lagi belum tertanggal ialah perhatikan di kawasan tali pusat itu samada membengkak, bernanah, berbau dan demam yang tinggi. Ini adalah tanda jangkitan. Selamat mencuba!