PENGERING RAMBUT PULIHKAN LUKA BERSALIN?

Assalamualaikum wbt. Macam pelikkan bila pengering rambut boleh pulihkan luka bersalin? Biar betik. Bukannya ada kajian perubatan pun. Hehehe.. Ini sebenarnya ramai orang tak tahu. Bila sebut je nak cepat luka bersalin pulih mesti kena makan ikan haruan berkilo-kilo. Ain dulu pun masa bersalin anak yang pertama makan dan minum pati haruan berbotol-botol. Nak baik cepatkan?

Tetapi secara tiba-terdetik di dalam hati kenapa tidak gunakan pengering rambut untuk cepatkan luka sembuh. Untuk pengetahuan korang Ain bersalin secara pembedahan. Jadi penjagaan luka tu agak rumit sedikit. Segalanya bermula apabila tempat luka bersalin tu mula berair dan rasa gatal. Tambahan pula orang dalam pantang kena berpeluh untuk keluarkan toksin dan angin meroyan dari badan. Jadi di tempat luka itu tidak terkecuali.

luka bersalin pembedahan

Gambar hiasan

 

Apabila dah tak tahan gatal di tempat luka tu Ain ambil krim antibakteria di Klinik Ibu dan Anak berdekatan untuk di sapu di tempat luka. Setiap kali selepas mandi mesti keringkan luka dengan pengering rambut supaya luka itu tidak berair. Alhamdulillah selepas 2 hari buat teknik menggunakan pengering rambut luka dah tak berair dan kurang kegatalannya.

Begitu juga semasa bersalinkan anak yang kedua. Memang cepat sembuh dan luka pembedahan tampak cantik. Bahaya tau kalau tempat pembedahan berair. Ini kerana ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan seterusnya membahayakan kesihatan ibu. Jangkitan kuman ini akan menyebabkan bentan, demam dan seterusnya membawa maut.

Haaa… lepas ni korang boleh korek pengering rambut lama-lama dan cuba¬†teknik ni. Selamat mencuba!