7 TIPS KESELAMATAN KANAK-KANAK SEMASA DI DAPUR

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini seperti kebiasaanya Ain akan memasak di rumah. Balik kerja mesti singsing lengan nak bersilat di dapur. Biasanya Ain masak yang mudah, sempoi dan sedap di makan. Bila hari minggu baru masak hover sikit.

Ketika sedang bertungkus lumus menyediakan persiapan masakan hari ini, Jasmine secara tiba-tiba cakap:

Ibu, Kak Min nak masak…

Sebenarnya Ain rasa agak terganggu juga sebab nak cepatkan. Tapi bila fikir balik masa inilah nak memperkenalkan serba sedikit tentang sayur, bawang dan ikan serta nak create bonding dengan anak. Teruja habis Jasmine bila dapat siang sayur Kailan.

Ibu, cepat la masak….

Anak ibu ni memang betul-betul tak sabar nak masak. “Sebelum masak kena kopek bawang dulu tau untuk perencah baru sedap”. Haaa terkulat-kulat Jasmine bila nengok bawang. Hehehe..

Sebenarnya Ain takut juga nak bawa Jasmine masuk dapur. Ye la budak-budakkan teruja dan tanpa di duga. Atas sebab itu Ain mengambil langkah keselamatan awal untuk mengelakkan sesuatu yang tidak terjangka terjadi. Antaranya:

  • Pisau di letakkan di tempat yang tinggi dan tidak terjangkau oleh tangan anak. Bila Jasmine nak pegang pisau, Ain cakap “Pisau bahaya kalau pegang tidak betul.. Boleh berdarah tangan”. Jasmine boleh terima..
  • Ain pastikan lantai dapur tidak licin atau percikan minyak yang bertaburan.
  • Jauhkan anak dari dapur yang panas. Bab ni memang Jasmine mula-mula tak nak dengar tapi bila dia nengok minyak ikan goreng meletop, terus dia takut. Alahai anak..
  • Jauhkan dia dari masakan panas. Apabila masakan panas telah siap letakkannya di tempat tinggi.
  • Simpan mancis atau penunu api di tempat yang selamat
  • Bila dah siap masak, kemas dan semak balik tempat yang betul perkakasan memasak di tempat yang betul

Ini tips yang Ain buat. Kalau ibu-bapa lain ada tips yang best boleh share kat sini. Dapur tempat yang seronok tetapi boleh jadi tempat yang sangat membahayakan… Jadi kena hati-hati. Malang tidak berbau…

RASA MACAM NAK MENANGIS BILA KAKI BENGKAK, SAKIT DAN PENUH URAT

Assalamualaikum w.b.t. Ini kisah kawan Ain yang menderita kaki bengkak ketika mengandung. Kesian beliau sebab kakinya sentiasa dalam kesakitan dan susah nak bergerak. Tambahan pula usia kandungannya memasuki hampir 30 minggu.

Biasalah bila dah masuk trimester ke 3 memang macam-macam masalah akan menjelma seperti kaki bengkak, sesak nafas, kencing manis, darah tinggi dan pelbagai lagi. Jadi Ain membantu mencari solusi untuk menyelesaikan masalah kawan saya ini.

Kawan saya ini memang kerjanya banyak berdiri dan berjalan. Jadi tekanan di kaki lebih di situ. Istilah orang lama cakap simpul biawak, orang sekarang cakap Vena Varikos. Kaki beliau selalu kejang dan urat timbul di sekitar kaki. Kaki dah macam pokok akar kayu. Memang menggerunkan. Jadi apakah punca simpul biawak semasa mengandung ini?

Simpul biawak berlaku semasa mengandung kerana hormon yang di keluarkan oleh uri (plasenta) membuatkan urat mengembang. Tambahan pula injap menjadi rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi darah akan berkumpul di kaki dan tidak dapat mengalir ke jantung. Biasanya salur darah akan mengembang dan berwarna biru kerana warna hemoglobin darah yang kekurangan oksigen.

Sebab lain pula kerana saiz rahim yang semakin membesar dan berat semakin menekan bahagian bawah seterusnya menghalang darah naik keatas. Ritma injap lama-kelamaan menjadi kekal dan meyebabkan ia terkumpul di kaki.

Antara tanda-tanda yang sering berlaku pada pesakit simpul biawak ini ialah:

  • Kaki membengkak dan selalu kekejangan.
  • Kelihatan urat-urat yang berwarna biru timbul di kaki.
  • Kudis di bahagian kaki susah nak baik.

Komplikasi yang akan berlaku kepada ibu mengandung ialah:

  • Jangkitan kuman pada saluran darah
  • Pendarahan berlaku dan boleh membahayakan nyawa

Kaedah rawatan yang boleh membantu ialah:

rawatan simpul biawak

  • Pakai stokin khas untuk pesakit simpul biawak. Sekarang ini macam-macam jenis stokin yang ada di pasaran. Korang boleh cari di farmasi.
  • Kurangkan berdiri terlalu lama
  • Apabila berehat, tinggikan kaki.
  • Membuat senaman yang melancarkan peredaran darah ke kaki seperti mengayuh basikal dan berjalan kaki.
  • Penggunaan ubatan seperti Dafilon yang memberikan ketahanan kepada sakur sarah dan mengecutkannya. Ubat ini selamat di ambil oleh ibu hamil.

Jadi korang yang mana ada masalah macam ini boleh cuba kaedah rawatan di atas. Selamat mencuba!

SERONOKNYA BALIK KAMPUNG !!

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Malam….

Hujung minggu lalu Ain balik kampung mentua. Kitaorang join sama orang Kuala Lumpur dan orang Selangor cuti sempena Hari Wilayah dan Thaipusam. Jadi cuti pun panjang sedikit. Masa nak balik ke kampung pun jalan sesak. Memang Lebuh Raya Utara Selatan yang di Nilai ke Seremban arah selatan selalu jammed. Selalunya suami ikut Highway Felda Sendayan. Kurang sedikit kenderaannya.

Macam biasa bila balik kampung anak-anak yang paling gembira sebab dapat jumpa sepupu sepapat mereka. Sampai tak ingat makan. Asyik bermain je. Di rumah mentua Ain ni macam-macam binatang belaan ada seperti angsa, ayam, ayam belanda, itik, lembu, kambing semua ada. Bila balik je kampung itu yang di tuju. “Ibu nak nengok ayam”.. permintaan anak-anakku..
tidur

Bila masa tidur pula nak tidur bersama-sama. Perkara ini betul-betul mengingatkan Ain kenangan zaman kanak-kanak dulu. Memang sebiji macam anak-anak Ain buat sekarang ini. Cuma sekarang ni mereka tak bergosip lagi. Hehehe… Sekarang ini masing-masing dah berkahwin dan ada anak-anak sendiri dan duduk jauh susah sangat nak jumpa. Jumpa masa raya aje.
pantai puteri

Lagi satu tak sah kalau balik kampung tak pergi ke laut. Untunglah mereka ini sebab kampung kedua-dua atok dan nenek mereka tepi laut jadi tidak perlu habiskan minyak pergi jauh-jauh semata-mata nak mandi laut. Yang pasti derang gembira dengan setiap kali balik kampung sampai tidur pun keluar air liur basi. Penat sangat la tu..