TIPS MEMILIH HADIAH UNTUK SUAMI TERCINTA

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini adalah hari lahir kelahiran suami Ain yang ke 3* tahun. Rahsia angka tu… Dan usia beliau semakin kertu. Sebenarnya Ain terlupa hari lahir suami pada hari ini. Hehehe… Nasib baik aplikasi Facebook mengingatkannya. Selalunya tarikh-tarikh ni orang perempuan yang ingat ni dah terbalik kod. Harap beliau memahami isterinya ini.

selamat hari lahir sayang

Bab hadiah ni suami Ain ni tidak berapa hairan sangat. Membazir katanya. Tetapi dek kerana kasih dan cintanya seorang isteri kepada suami (chewah!) Ain ada memberi beberapa hadiah kepada beliau…

Kasut

Kasut ini dia paling suka dan paling lunyai dia pakai. Ain belikan kasut yang standard sikit iaitu Camel. Harga memang mahal tapi puas hati bila suami pergi kemana-mana mesti dia nak pakai kasut itu dan tahan hingga bertahun-tahun.

Bunga dan coklat

Jangan tidak percaya jika orang lelaki juga sukakan kejutan! Ain pernah ambil servis hantar bunga dan coklat di pejabat suami. Terkesima sungguh dia.. hehe..┬áBalik rumah terus senyum-senyum dan siap cakap…

Lain kali jangan buat ya… abang ingatkan Megan Fox yang bagi bunga dan Coklat kat abang tadi.. Kecoh satu opis..

Adoii ai.. suami ku ini.. hahaha..

Baju custom-made

Ain ada buat baju yang sama satu keluarga.. ala-ala family day tu. Nampak dia gembira bila pakai baju tu sama-sama dengan anak-anak dan isterinya ni. Kira dia suka la tu kot.. hahaha.. pepandai je ko ni Ain buat andaian sendiri.

Makanan tambahan

Disebabkan pertambahan usia yang semakin kertu, Ain ada belikan suami makanan tambahan yang sesuai dengan usianya. Orang lelaki ni kalau bab makanan tambahan memang mengelak tetapi bila di suapkan memang laju je menelan. Bukannya apa dah tua nanti masing-masing nak sihatkan. Jadi kena ada persediaan awal.

 

ucapan hari lahir untuk suami

 

 

Dompet/Purse

Ada petua cakap kalau nak pakai dompet kena sampai lunyai supaya rezeki tu senang je masuk. Tetapi Ain tak sampai hati nak biarkan suami pakai dompet nan hado tu. Dan dompet merupakan hadiah pertama Ain kepada suami masa cintan-cintun dulu.. Bila buka dompet mesti teringat isterinya tu… Hahaha.. agak mendalam tahap psikologinya ni.. hehe

Ok dah cukup tak cadangan ni? Rasanya korang boleh la ambil idea ni untuk suami tersayang…┬áNak bagi hadiah yang suami paling suka tak? Nak tahu?

Tolak ansur, pandai mengambil hati suami, jaga maruah suami, hormati keluarga suami dan jaga anak-anak suami itu hadiah yang paling berharga…

Peace yoo! Semoga kita menjadi isteri yang di sayangi suami dan di angkat marbat menjadi isteri yang solehah.. Amin ya rabbalalamin…