BAGAIMANA CARA BERPANTANG KERANA KEGUGURAN?

Assalamualaikum w.b.t. Tidak semua kehamilan akan berakhir dengan kegembiraan. Merujuk kepada entry sebelum ini iaitu tanda keguguran di awal kehamilan. Keguguran kandungan adalah perkara yang paling ditakuti oleh setiap wanita hamil. Ku harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Rasa fobia amat! Ibarat pengalaman yang mengerikan.

berpantang kerana keguguran

Untuk pengetahuan korang, berpantang disebabkan keguguran lebih susah jika nak dibandingankan berpantang lepas bersalin. Segala-galanya kena perfect 10! Jika korang mengabaikan dan buat tak kisah berpantang lepas keguguran, bersedialah menerima kesakitan! Kejam habis ayat ku ini…

Ok. Meh sini Ain terangkan kenapa penting sangat berpantang lepas keguguran. Sebenarnya semasa kita berpantang ni macam-macam angin akan masuk dalam badan kita. Antara angin-angin yang merbahaya ialah:

  • Angin gugur – Angin ini akan menyebabkan badan bisa-bisa, bisa ari-ari, sakit pinggang, sakit lutut dan alahan makanan.
  • Angin meroyan – Angin yang bahaya yang menyebabkan badan seseorang demam (bentan) sehingga kancing gigi. Angin meroyan berlaku kerana terdapat cebisan fetus yang masih belum di keluarkan dan dibersihkan dengan sempurna. Bila cebisan fetus ini tak dikeluarkan dengan sempurna ia akan menjadi toksin dan menyebabkan jangkitan kuman di dalam rahim. Haaa… tak ke seram tu?

Bagaimana janin yang tidak menjadi di keluarkan?

berpantang kerana keguguran

Ada sesetengah janin ia akan keluar dengan sendirinya tanpa pendarahan. Rasa gesaan macam nak buang besar aje, tiba-tiba janin keluar. Ni pengalaman sepupu Ain. Ada juga janin keluar dengan pendarahan yang berketul ketul sehingga habis. Doktor hanya beri ubat turun darah untuk membersihkan rahim.

Namun begitu bukan semuanya bernasib baik, ada wanita yang keguguran ini perlu melakukan proses D&C iaitu mencuci rahim. Proses ini agak menyakitkan namun doktor akan beri ubat tahan sakit dan di berikan bius. Jangan takut!

Berapakah tempoh berpantang kerana keguguran?

Ia bergantung kepada tahap usia kandungan tersebut. Untuk kehamilan yang berusia kurang daripada 4 bulan tempoh berpantangnya ialah 30 hari. Untuk kehamilan yang berusia 4 hingga 5 bulan, tempoh berpantangnya 40 hari manakala jika usia kandungan berusia lebih dari 5 bulan tempoh berpantangnya selama 44 hari.

berpantang kerana keguguran

Apakah yang cara-cara yang perlu saya lakukan jika berpantang keguguran?

  • Pakai pakaian tebal untuk mengelakkan angin masuk
  • Ikat tocang rambut ketat-ketat
  • Bertungku seluruh badan setiap hari terutamanya selepas mandi
  • Urut seluruh badan dengan minyak herba terutamanya rahim untuk mengeluarkan angin yang tersekat.
  • Mandi dengan mandian bunga-bungaan dan herba yang membantu meningkatkan aura dan seri muka si pemakai.
  • Elakkan duduk bawah kipas
  • Jika selalu rasa sakit kepala dan pening, sila pakai pilis.
  • Elakkan bersama suami selepas 2 minggu dari tarikh melakukan D& C

Susah ke? Tak susah pun jika kita betul-betul nak badan sihat. Ye lah ada orang kata wanita yang baru lepas gugur selalunya subur. Kebanyakkan kawan-kawan saya yang pernah keguguran mengandung kembali selepas 2 bulan melakukan D& C.. Jadi kita kena jaga tubuh badan kita sendiri dengan betul supaya abang tetap sayang dan di tambahkan zuriat. Ameen…

TANDA KEGUGURAN KANDUNGAN DI AWAL KEHAMILAN

Assalamulaikum w.b.t. Topik hari ini agak sedih sikit. Ia berkenan keguguran kandungan ketika hamil. Ain rasanya ada pengalaman tersendiri dan sampai sekarang teringat dan agak terkilan. Semasa itu Ain demam tak kebah hampir 2 minggu. Sebut je mana-mana klinik pasti diriku terjah tetapi masih belum lagi diizinkan Allah. Jadi penyelesaiannya minum air kelapa. Kami semasa kecil memang kelaziman jika demam je mesti minum air kelapa. Remedi semulajadi orang dulu-dulu.

keguguran 2

Pagi itu ok je minum siap mengemas rumah dan mengemop lantai bagai. Bila malam secara tiba-tiba perut Ain sakit menyengat. Macam kena cucuk dengan benda tajam lalu berlakulah pendarahan dengan rasminya. Sebenarnya Ain lewat datang period tetapi bila nengok keputusan pregnancy kit tu tak de pape, so ain pun balun  air kelapa bagai nak rak. Bila di fikirkan balik memang menyedihkan tetapi rezeki itu Allah yang tetapkan. Redha dan sabar adalah penyelesaiannya.

Berbalik dengan tajuk entry ini, bagaimana nak mengetahui tanda-tanda keguguran di awal kehamilan? Setiap orang ada bermacam-macam tanda tetapi ini adalah tanda paling biasa yang di alami ramai orang.

Tanda-tanda keguguran ialah:

  • Pendarahan samada sedikit atau banyak. Jika berlaku pendarahan hanya setitik dua atau sedikit, berkemungkinan ia berpunca daripada proses penempelan ovum di rahim tetapi jika pendarahan tersebut berlaku sehingga berhari-hari dan dalam kuantiti yang banyak, korang digalakkan supaya bertemu dengan doktor.
  • Perut terasa kejang dan tidak selesa – Rasa kejang seperti kita buat sit up dan ia berlarutan
  • Ari-ari terasa sakit menyengat seperti mencucuk sehingga menganggu urusan seharian
  • Demam
  • Lemah tubuh badan
  • Sakit pinggang

Sebab berlakunya keguguran ada banyak. Antaranya ialah:

  • Kromosom yang tidak normal. Kromosom inilah yang akan menentukan jantina, rambut, warna matta dan lain-lain.
  • Jangkitan seperti jangkitan kulat, jangkitan pundi kencing, jangkitan herpes dan pelbagai lagi.
  • Kerap terdedah dengan persekitaran yang merbahaya dan bertoksin. Jika korang selalu isi minyak, elakkan muka korang daripada menyedut gas minyak.
  • Masalah rahim yang tidak normal/ cacat. Ada sesetengah wanita di lahirkan rahim terbalik berisiko untuk keguguran
  • Dinding rahim yang lemah dan menyebabkan bayi keluar awal dari tarikh sepatutnya tanpa rasa sakit.
  • Hormon yang tidak stabil seperti kekurangan hormon kehamilan dan hormon Progestron berlebihan. Ini selalu dialami oleh pesakit PCOS.
  • Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, jarang bersenam, minum arak dan dan kerap stress
  • Mengambil ubat-ubat yang tertentu tanpa preskripsi doktor
  • Sistem pertahanan badan lemah terutamanya pesakit LUPUS/SLE.

Amacam? Ok tak? Kehilangan adalah sesuatu yang menyakitkan… tetapi percayalah setiap kehilangan pasti akan di ganti yang terbaik oleh Allah. Ameen…

ABC TANJUNG MINYAK MELAKA YANG MEMUKAU JIWA…

Assalamulaikum w.b.t. Sabtu lalu secara tiba-tiba tekak miang ku ini teringin sangat nak makan Air Batu Campur atau nama sempoinya ABC. Tapi dimana ye tempat makan ABC yang sedap sehingga termimpi-mimpi? Pekena ABC petang-petang memang asyik.

Kebetulan pula masa itu, Ain sekeluarga pulang ke kampung mentua di Tangga Batu. Jadi di dalam perjalanan sampai ke rumah mentua tu hendak juga membasah tekak di samping melegakan otot-otot punggung yang rasa macam dah nak kematu nih.

Sedang berborak dengan suami secara tiba-tiba mata ku terpaku ke sebuah kedai minum. Haaa… kedai ni dah 2 tahun buka tetapi tak sempat-sempat nak menyinggah. Asal nak menyinggah je mesti ada hal. Jadi hari itu dah memang rezeki lah. Kedainya ialah ABC Tanjung di Tanjung Minyak, Melaka.

Kedai ini betul-betuk terletak di simpang tiga nak masuk ke stesen Minyak Petronas Tanjung Minyak. Kalau ikut Lebuh Raya AMJ tu masuk signboard Pantai Puteri dan terus je sampai nampak simpang tiga sebelah kanan ada Restoran ABC Tanjung. Kalau tak faham korang boleh la menggoogle kan diri ye.

Sebaik sahaja Ain duduk, budak pelayan itu datang dan mengambil pesanan dengan pantasnya. Order pun sampai dengan lajunya. Terkujat gak mak! Kat sini remaja-remaja selalu lepaking, so kalau nak bawa anak kecil agak kurang sesuai sebab kebanyakkannya pasangan yang bercinta-cintun (malu ai tau). Kitaorang dah datang jadi hadap je lah.

Ain order ni… idaman kalbu.. makan sampai meleleh air hidung… ABC Tanjung Special 1!

 

ABC Tanjung minyak melaka

Tak sah kalau tak makan sesuatu. Ain order Rojak satu! Rasanya pedassssss… sangat sesuai dengan tekak orang Melaka sejati seperti diriku..

 

ABC Tanjung minyak melaka

En. Suami pula pekena Cendol pulut yang menikam kalbu. Penat Ain jeling cendol pulut dia, dia buat muka selamba je. Sedap sangat ke bang?…. Hehe..

ABC Tanjung minyak melaka

Anak-anak pula ala-ala mat salleh iaitu Banana Split dan French Fries…. Yang ni dah tentu-tentu rasa macam kat rumah..

 

ABC Tanjung minyak melaka

Amacam tergoda tak? Untuk pengetahuan korang kedai selalunya ramai orang dan tidak terhad hanya makanan yang sempoi-sempoi je. Ada juga Satay Tulang, Nasi Lemak, Mee Kari dan pelbagai lagi. Ni alamatnya:

 No. 48, Jalan TMS 8,

Taman Tanjung Minyak Setia,

75250 Melaka.

Bagi mak-mak comel yang tengah mengidam tu boleh la pergi disini ye..

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGANDUNG LUAR RAHIM?

Masa mengandungkan anak yang pertama, pada awal kehamilan Ain rasa sakit sangat di bahagian kiri perut. Rasa macam ngilu-ngilu. Lantas diriku terus berjumpa dengan doktor untuk kepastian. Doktor telah melakukan ujian ultrasound yang agak lama. Perasaan risau yang amat! Dup.. dap.. dup.. dap.. Ain pernah tulis entry tentang kenapa saya mengandung luar rahim?.

Doktor cakap “Kandungan awak ok dan berada di tempat yang sepatutnya”.. Fuh , lega! “Tapi kenapa saya sakit perut doktor?” diriku bertanya. Doktor tanya ” Awak dulu pernah buat apa-apa pembedahan tak?”. Setelah berfikir-fikir saat diriku teringat semasa berumur 20 tahun Ain pernah melakukan pembedahan Appendiks tetapi perkara itu dah lama. Mungkin cantuman-cantuman daging tu masih belum pulih lagi kot. Andaian ku… Lalu doktor berkata……

Saya lihat kandungan awak ok dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan… cuma jika ada apa-apa pendarahan terus pergi ke Hospital ye…

Alhamdulillah… semuanya berjalan dengan lancar. Kawan-kawan… jangan bersedih…. Allah ada. Meh Ain kongsikan kebarangkalian mengandung luar rahim itu akan berlaku di sebabkan beberapa faktor iaitu:

  • Pernah mengidap keradangan pelvis. Jangkitan ini akan menyebabkan parut di saluran tiub fallopio dan pergerakan ovum tersekat.
  • Pernah mengidap Endometriosis.
  • mempunyai sejarah kehamilan luar rahim sebelumnya.
  • Pernah melakukan pembedahan pada rahim atau tiub fallopio
  • Kecacatan pada rahim atau tiub fallopio
  • Pernah meletakkan alat pencegahan kehamilan seperti IUD
  • Berusia lebih 35 tahun keatas

Apakah rawatan yang biasa di lakukan doktor untuk merawat kandungan luar rahim?

Jika kehamilan luar rahim korang di kesan di peringkat awal, biasanya doktor akan berikan suntikan Metrothexate bertujuan untuk memusnahkan sel-sel ovum di dalam tiub fallopio. Walaubagaimanapun terdapat juga rawatan mengandung luar rahim yang tidak perlu buat apa-apa. Embrio itu akan keluar dengan sendirinya dalam bentuk pendarahan. Pada masa ini sangat penting pemantauan daripada doktor.

Kaedah yang paling berkesan dan popular selalunya doktor akan melakukan pembedahan untuk membuang tiub fallopio yang telah rosak. Ini akan mengurangkan pendarahan, kebergantungan kepada ubat tahan sakit dan tidak perlu tinggal lama di hospital.

Namun jika kandungan luar rahim di dapati pecah selalunya doktor akan melakukan Emergency Operation untuk menyelamatkan nyawa ibu bagi mengelakkan pendarahan.

Adakah ini akan menjejaskan tahap kesuburan saya?

Ya, sedikit sebanyak ia akan menjejaskan peluang kehamilan. Selalunya jika seseorang pernah mengandung luar rahim kebarangkalian untuk mengandung luar rahim sekali lagi tinggi. Namun bergitu, korang jangan risau dan susah hati. Terdapat rawatan yang membantu korang mendapat zuriat sendiri iaitu:

Rawatan IVF

Rawatan IVF – Rawatan ini sesuai untuk wanita yang mempunyai tiub fallopio rosak. Doktor akan memberikan suntikan ransangan kepada ovari supaya telur dapat keluarkan. Kemudian telur yang di keluarkan dari ovari wanita akan di senyawakan bersama sperma di dalam inkubator selama 2-5 hari. Pada hari yang ke seterusnya ia akan di masukkan kedalam uterus wanita untuk proses penempelan/kehamilan. Walaubagaimanapu peratus kejayaan rawatan ini ialah 30%-50% sahaja. Kos rawatannya juga agak mahal iaitu anggaran RM 20,000.00 hingga RM 30,000.00.

Jiran Ain mempunyai masalah mengandung luar rahim. Beliau telah beberapakali menjalani rawatan IVF tetapi tidak berjaya. Tetapi akhirnya setelah 4 kali melakukan rawatan ini baru lah beliau berjaya melahirkan 2 orang bayi perempuan yang comel. Ketika itu umur mereka suami isteri 40an -50an.

Pada pendapat Ain la kan, kita usaha sebaik yang mungkin kerana anak, jodoh, kematian adalah rahsia Allah. Ada juga rakan sepejabat yang mengandung secara normal walaupun hanya tinggal 1 tiub sahaja. Pendek kata, bertabah la atas ujian yang diberikan dan berusaha sebaik mungkin.

KENAPA SAYA MENGANDUNG LUAR RAHIM?

Berita kehamilan adalah saat yang paling ditunggu-tunggu. Bila nengok pregnancy kit double line mesti kembang kuncup lubang hidung kegembiraan. Tetapi berita kegembiraan tu hilang hancur lebur apabila di sahkan mengandung luar rahim oleh doktor.

Ain pernah melihat satu kes depan mata sendiri ketika itu nak buat pemeriksaan prenatal seperti biasa. Masa tengah tunggu giliran nama di panggil tu, Ain terlihat seorang suami menolak isteri di atas kerusi roda. Isterinya itu menangis teresak-esak sambil memegang gambar ultrasound.

Suami beliau seorang yang tabah dan cuba untuk kuat walaupun jauh di sudut hatinya itu sedih teramat. Ain yang memerhati dari jauh juga menitiskan air mata. Kebetulan pula jururawat panggil nama untuk pemeriksaan jadi dengan kepochinya diriku tanya doktor ‘Doktor kenapa pesakit tu nangis?’ ” Oh, dia mengandung luar rahim. Situasi yang sangat sedih.. seorang ibu kehilangan bayinya. Walaupun di dalam kandungan hanya beberapa minggu tetapi kasihnya melebihi segala-galanya.

mengandung luar rahim

Ok dengan semangat wajanya diriku men’google’ apekebendanya mengandung luar rahim. Oooo mengandung luar rahim sebenarnya seperti ovum yang telah disenyawakan tidak sampai di uterus/ rahim. Ia tersangkut di tiub fallopio dan menempel di situ. Sebab itu wanita yang mengandung luar rahim selalunya sakit perut diawal kehamilan.

Apakah tanda korang mengandung luar rahim?

  • Mempunyai tanda-tanda kehamilan seperti biasa iaitu muntah, loya, pening, sakit perut dan lain-lain.
  • Sakit perut yang teramat dan terlampau di bahagian kiri atau kanan perut seawal kandungan berusi 5-7 minggu.
  • Sakit ketika buang air besar.
  • Berlaku pendarahan

Punca mengandung luar rahim ini disebabkan oleh kecacatan pada tiub falopio seperti parut. Jika korang pernah melakukan pembedahan di bahagian rahim, kemungkinan akan terdapat sedikit parut.

Tiub fallopio yang sempit dan tersumbat mengahalang pergerakan ovum. Selalunya doktor akan merawat dengan memberikan suntikan larut supaya janin terhakis dengan sendirinya atau membuang tiub fallopio yang mengandungi janin.

Nampak mengerikan dan ramai orang yang risau takut tak boleh bersalin lagi. Meh nak bagi tau ni. Allahkan beri kita 2 tiub fallopio, kalau satu tidak boleh berfungsi lagi maka kita boleh guna yang lagi satu. Ada ramai kawan Ain ni dia telah menjalani pembedahan dan hanya tinggal satu sahaja sistem ovari. Alhamdulillah dah masuk 2-3 orang anak pun. Semuanya atas izin Allah.

 

 

PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI MABUK MENGANDUNG

Apabila isteri mabuk mengandung teruk, pada saat ini peranan dan sokongan suami sangat diperlukan. Ketika ini seluruh tubuh isteri betul-betul lemah dan sakit. Kepala berpusing, perut sakit, tiada selera dan emosi terganggu. Berdasarkan pengalaman Ain dulu semasa awal kehamilan dulu memang selalu sangat ambil MC sebab memang tak larat sangat.

En. Suami dulu tidak percaya yang isterinya ini mabuk teruk. Masa tu mengandung anak yang pertama, jadi tiada pengalaman. Dia ingatkan isterinya ni mengada-ngada dan lembik tak boleh tahan sakit. Lepas tu dia pun tanya kengkawan yang dah anak 5-6 orang… derang cakap memang gitu isteri-isteri mereka.. ada yang sampai pengsan. Melopong-lopong lakiku dengar… hehehe..

Peranan suami ketika isteri mabuk mengandung

Ada sesetengah wanita memang tidak mengalami mabuk ketika mengandung. Steady je. Bergantung pada hormon masing-masing. Jadi apakah peranan suami ketika isteri mabuk mengandung?

  • Temankan isteri ketika temujanji dengan doktor. Emosi isteri bila suami temankan jumpa doktor rasa sangat bahagia dan di hargai. Sambil-sambil tu suami juga boleh tanyakan doktor tips-tips yang bagus untuk isteri dan kandungan.
  • Manjakan isteri dan kandungan. Urut dan belailah isteri korang ketika ini. Perasaannya sungguh menakjubkan. Walaupun terasa susah dan payah mengandungkan bayi tetapi bila suami berikan pelukan rasa macam nak melompat hingga langit ke 7!
  • Rajin-rajinlah berikan kata semangat dan nasihat untuk isteri bagi menguatkan semangatnya. Pada saat ini kepala isteri memang berkecamuk terutamanya nak menghadapi fasa bersalinkan anak dengan keadaan diri sendiri yang tidak terurus.
  • Seboleh-bolehnya tunaikan permintaan isteri yang mengidam. Jangan tunggu-tunggu kerana ia melibat emosi. Perasaan apabila dapat apa yang diidamkan macam menang Sukan Olimpik di tempat pertama. Serius! Saya pernah mengidam nak makan Nenas Sarawak masa mengandung tetapi tak boleh makan sebab takut risiko keguguran. Lepas 2 tahun bersalin baru dapat makan Nenas Sarawak, perasaannya sukar digambarkan.. macam nak menangis pun ada.. dahsyat!
  • Bantu kerja rumah yang boleh di lakukan seperti basuh baju, kemas rumah dan lain-lain. Pastikan keadaan rumah bersih. Bila rumah kemas kepala pun tak serabut.

Jadi para suami, korang boleh amalkan tips-tips yang diberikan. Bantulah isteri yang sedang hamilkan zuriat anda…. Semoga dengan kehadiran ahli keluarga baru menceriakan hidup korang!!

SCAN ULTRASOUND DI AWAL KEHAMILAN

Sebenarnyakan perkara pertama yang paling Ain teruja bila di sahkan mengandung ialah scan bayi di dalam perut. Yeay! Nak skodeng dia tengah buat apa. Kalau boleh nak scan 4D. Amboii…  Tengah tidur ke, tengah melompat-lompat ke, tengah bersenam angkat dumbell ke… hehehe… macam-macam angan-angan mak budak seorang ni.

Usia kandungan yang paling sesuai untuk buat scan atau ujian ultrasound ialah seawal 6 minggu. Masa itu dah boleh nampak jantung bayi yang berdengup dan kantung.. Ada sesetengah scan boleh boleh dengar dengupan jantung lagi.

Kawan saya bila pertama kali dengar bunyi dengupan jantung bayi terus menangis. Terharu sangat.. Dia memang nak sangat anak. Salah satu tips Ain pernah baca nak nampak bayi ketika scan ialah sebelum scan tu minum air. Kalau agak-agak nak terkencing tu sila lah tahan dulu ye sebab bila air banyak, imej kantung dan bayi lebih jelas.

Jika membuat pemeriksaan seawal 6 minggu, embrio hanya sebesar duit 5 sen dan jantungnya sebesar biji popi sahaja. Ini adalah contoh gambar ultrasound embrio berusia 6 minggu:

ultrasound 6 minggu

Selalunya berdasarkan pengalaman Ain dan rakan-rakan mengandung seangkatan, lepas je buat scan ultrasound mesti secara tiba-tiba mabuk mengandung datang. Suratan atau kebetulan? Ada orang cakap mengada-gada. Sebelum tahu mengandung ok je tapi lepas mengandung terus mabuk. Misteri sungguh….

Sebenarnya pada waktu ini hormon kehamilan sedang di keluarkan dengan pesatnya oleh plasenta untuk menguatkan penempelan embrio pada rahim. Bila dah masuk ke trimester kedua baru pulih seperti sediakala. Sebab itu semakin kuat mabuk seseorang maka semakin kuat rahimnya. Tetapi perlu diingatkan jika korang mabuk teruk digalakkan minum air putih banyak-banyak supaya dapat mengurangkan tahap kepekatan hormon kehamilan. Bila hormon kehamilan semakin pekat, mabuk morning sickness semakin teruk. Lagi merbahaya. Sebab tu ada ibu mengandung terpaksa dimasukkan ke dalam hospital untuk di masukkan air ke dalam badan.

Pemeriksaan ultrasound awal penting kerana doktor boleh kesan dimana kedudukan embrio yang sebenar bagi mengelakkan mengandung luar rahim dan supaya dapat membuat rawatan awal.

SALAM MAULIDUR RASUL 2015

Hari ini Ain menyertai Program Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor di Stadium Malawati, Shah Alam. Berarak bermula di Stadium Mini dan berakhir di Stadium Malawati. Dah lama sebenarnya tak join aktiviti macam ini di sebabkan beranak kecil. Sekarang ni anak-anak dah besar sikit boleh lah mak dia mengebang sikit.

maulidur rasul 2015

Bergambar terlebih dahulu sebelum berarak

 

Perarakan bermula jam 9.00 pagi tapi kami kena tunggu semua sampai termasuk Y.A.B Dato’ Azmin Ali. Longgar lutut juga lah tunggu. Ye lah dari jam 7.00 pagi kena standby. Disamping itu, terdapat juga pertandingan kontingen mana yang terbaik. Pemilihan pemenang berdasarkan keseragaman pakaian, cukup kedatangan dan sepanduk yang menarik.

maulid nabi 2015

Kakak-kacak cantik tengah posing

Kontigen saya semuanya terdiri daripada kakak-kakak cantik so jalan berarak pun ala-ala lemah gemalai gitu. Jauh tau! 1.8 km ye… sampai melecet kaki kakak cantik ni. Hehe..

Sebaik sahaja sampai di dalam stadium Malawati, kitaorang duduk di tempat yang di sediakan. Macam syurga bila dapat duduk tau. Sepanjang program tersebut kami di hidangkan dengan persembahan nasyid, sketsa dan tazkirah ringkas dari Sheikh Habib Ali Zainal Abidin tentang kesederhanaan di dalam Islam.

maulidur Rasul

Sebenarnyakan Ain minat sangat pada Sheikh Habib Ali Zainal Abidin tau. Masa mengandungkan Zafri memang hari-hari nak dengar suara dia berceramah. Kalau tak dapat dengar sehari macam ada yang tak kena je. Pastu teringin sangat nak tahnik Zafri dengan beliau tetapi apakan daya rezeki tu Allah lambatkan. Mungkin anak yang ketiga insyallah…

Bila nampak beliau diatas pentas memang pandang tak mengerlip . Doa saya semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh seperti beliau. Ameen.. Pendek kata Ain enjoy sangat sertai program macam ini. Kalau tahun depan ada lagi Ain nak sertai.. Insyallah..