BERSANTAI DI PANTAI PENGKALAN BALAK, MELAKA

Assalamualaikum w.b.t. Bila Ain balik kampung mesti Pantai Pengkalan Balak ini menjadi pilihan hati untuk bersantai. Mungkin terkenang zaman muda remaja masa sekolah dulu. Kat sini dulu Ain selalu lepaking dengan kengkawan. Hehe… Banyak kenangan sweet sour kat sini.
image

Anak-anak walaupun Ain selalu bawa mereka ke pantai tetapi derang tidak pernah mandi laut. Jadi inilah pertama kali mereka mandi laut. Risau juga takut derang minum banyak air laut. Huhu… Jadi sebagai peringatan awal Ain ingat anak-anak jangan telan air laut. Tetapi dah namanya budak-budak lagi di larang lagi di buat. Bila derang tertelan air laut terus berubah muka nak nangis… hahaha kesian tetapi kelakar.
image

Pergi ke pantai ni tak sah kalau tak bawa tikar untuk port melepak. Untuk menambahkan kesedapan berkelah itu, kitaorang oder je makanan di kedai yang berdekatan. Haha.. nampak bebenau kerajinanku itu.
image

Kalau duduk di tepi pantai ni nak lebih feeling romantik wajib ada air kelapa macam dalam filem tu. Makan pula bersama rojak. Memang asyik! Lupa daratan pula mak budak ni. Anak-anak macam biasa penat mandi laut, naik ke darat terus terkam makanan. Lepas tu sambung mandi laut balik.

Ain sebenarnya suka sangat pergi ke laut sebab tenang. Hilang segala masalah dan penat bila bau dan dengar desiran ombak laut. Orang berilmu ada berkata nak kurangkan tekanan pergilah ke tempat-tempat semulajadi seperti laut, hutan, kawasan pergunungan dan lain-lain lagi sebab mereka berzikir dengan nama Allah. Lagi best bila time-time melepak tu kita berzikir. Insyallah hati akan tenang.

SURAH AMALAN IBU MENGANDUNG YANG DIGALAKKAN SEPANJANG KEHAMILAN

Assalamualaikum w.b.t. Anak ibarat permata syurga ayah dan ibu. Didikan awal bayi di semasa di awal kehamilan sangat membantu meransang otaknya. Pelbagai produk yang berada di pasaran seperti cakera padat dan alat bunyian bagi tujuan yang sama.

Namun begitu Ain memilih cara yang paling dekat di hati iaitu mengamalkan surah-surah yang tertentu di dalam al-Quran. Pada pandangan Ain sendiri mendapati ibu mengandung yang mengamalkan al-Quran sepanjang kehamilannya mempunyai tahap emosi yang stabil kelahiran lancar dan tidak mendatangkan sebarang masalah.

Antara surah-surah yang menjadi amalan Ain ketika mengandung dulu ialah:

  • Surah Yassin. Yang ini Ain baca awal pagi sebelum solat Subuh setiap hari. Khasiatnya di permudahkan kehamilan dan hati sentiasa riang dan ceria. Anak pula terhindar daripada segala perkara buruk dan melakukan maksiat.
  • Surah Luqman untuk mempunyai anak yang cerdik dan bijak. Ni Ain baca masa dalam kereta, pasang CD al-Quran dan ikuti bacaanya.
  • Surah Maryam untuk mudah bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat kepada kedua ibu bapa. Ini juga Ain baca di dalam kereta di sepanjang perjalanan ke tempat kerja.
  • Al-Mathurat – Ain baca sebaik sahaja sampai di tempat kerja sebelum memulakan kerja. Al-Mathurat ini khasiatnya Allah akan memberi perlindungan kepada kita dan bayi dan mengelakkan daripada gangguan syaitan.
  • Surah Yussuf – Yang ini Ain minta suami bacakan. Suami juga perlu terlibat dalam usaha ini ye. Khasiatnya untuk melahirkan anak cantik paras rupa dan akhlaknya.
  • Surah a-Hujurat. Surah ini untuk memperbanyakkan air susu ibu. Masa mengandung lagi Ain dah amalkan supaya lepas bersalin nanti air susu badan keluar dengan mudah. Ain baca ini lepas solat asar.
  • Surah al-Sajadah. Surah ni Ain baca bergilir-gilir dengan suami. Khasiatnya untuk mendapatkan anak yang soleh.

Alhamdulillah. Dengan mengamalkan surah-surah ini kehamilan dan masa berpantang Ain memang betul-betul di permudahkan. Rasa cool je.. Tujuan Ain berkongsi masa bacaan itu supaya korang rasa tak terbeban sangat sebab rasa macam banyak je. Asingkan ikut kesesuaian kita.

Disamping itu, korang boleh juga amalkan zikir asma al-husna sebagai penyeri lidah. Moga-moga anak yang di lahirkan itu jadi anak yang soleh, bertakwa dan beriman. Ameen…