CARA AJAR ANAK SUPAYA TIDAK MEMAKAI PAMPERS YANG TERBUKTI BERJAYA DAN MESRA

Assalamualaikum w.b.t. Ain percaya mendidik anak tidak memakai lampin pada permulaannya memang agak sukar. Banyak aksi-aksi tragedi yang mengerikan ibu bapa berlaku kerana tidak sempat sampai ke tandas. Rasa macam satu rumah penuh air kencing.

cara ajar anak cerai pampers

 

 

Sekarang ini Ain tengah ajar Zafri ceraikan lampin di rumah. Di taska ada juga mereka ajar juga Zafri. Buat permulaan memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Teringat insiden Zafri terkucil sikit nak kencing. Dia sanggup tahan air kencing yang selebihnya daripada keluar. Huuu… kesian….

Kakaknya Jasmine dulu pun alami insiden yang sama tetapi beliau berjaya cerai lampin dengan jayanya. Sekarang ini malam pun dah tidak perlu pakai pampers. Antara perkara-perkara yang biasa Ain buat untuk ajar mereka cerai lampin ialah:

  • Tanya anak setengah jam sekali samada nak ke tandas atau tidak. Selalunya kanak-kanak yang baru belajar cerai pampers ni tidak pandai nak kawal kencing. Jadi penting pertanyaan setengah jam sekali untuk mengelakkan kebocoran.
  • Belikan seluar dalam yang comel dan cantik. Saya belikan Zafri seluar dalam Ben10. Teruja habis dia! Dah macam orang besar anak ibu ni…
  • Puji anak! Puji dia sampai langit dan buat rasa dia dihargai. Bukan senang tau nak tahan kencing. Bila anak rasa gembira mereka rasa tidak tertekan dan suka apa yang dilakukan.
  • Kalau nak berjalan tu sebelum keluar rumah kencing dulu. Nanti tak pasal-pasal dalam kereta nak kencing. Menggagau wei nak cari tandas kalau lalu tengah hutan.
  • Bila pergi shoping complex tu setiap kali lalu depan tandas, tanya dia “Anak ibu nak kencing tak?”
  • Minta anak kencing dulu sebelum tidur. Kang tak pasal-pasal berenang dalam lautan di tengah malam.
  • Belikan anak mangkuk potty training yang comel-comel.
  • Pastikan bilik air bersih. Budak-budak ni geli dengan bilik air yang kotor. Kuman!

Ayah dan ibu sekalian…. yakinlah dengan anak korang. Berikan mereka ransangan yang baik. Setiap anak di lahirkan potensi yang hebat! Good luck!!!