SCAN ULTRASOUND DI AWAL KEHAMILAN

Sebenarnyakan perkara pertama yang paling Ain teruja bila di sahkan mengandung ialah scan bayi di dalam perut. Yeay! Nak skodeng dia tengah buat apa. Kalau boleh nak scan 4D. Amboii…  Tengah tidur ke, tengah melompat-lompat ke, tengah bersenam angkat dumbell ke… hehehe… macam-macam angan-angan mak budak seorang ni.

Usia kandungan yang paling sesuai untuk buat scan atau ujian ultrasound ialah seawal 6 minggu. Masa itu dah boleh nampak jantung bayi yang berdengup dan kantung.. Ada sesetengah scan boleh boleh dengar dengupan jantung lagi.

Kawan saya bila pertama kali dengar bunyi dengupan jantung bayi terus menangis. Terharu sangat.. Dia memang nak sangat anak. Salah satu tips Ain pernah baca nak nampak bayi ketika scan ialah sebelum scan tu minum air. Kalau agak-agak nak terkencing tu sila lah tahan dulu ye sebab bila air banyak, imej kantung dan bayi lebih jelas.

Jika membuat pemeriksaan seawal 6 minggu, embrio hanya sebesar duit 5 sen dan jantungnya sebesar biji popi sahaja. Ini adalah contoh gambar ultrasound embrio berusia 6 minggu:

ultrasound 6 minggu

Selalunya berdasarkan pengalaman Ain dan rakan-rakan mengandung seangkatan, lepas je buat scan ultrasound mesti secara tiba-tiba mabuk mengandung datang. Suratan atau kebetulan? Ada orang cakap mengada-gada. Sebelum tahu mengandung ok je tapi lepas mengandung terus mabuk. Misteri sungguh….

Sebenarnya pada waktu ini hormon kehamilan sedang di keluarkan dengan pesatnya oleh plasenta untuk menguatkan penempelan embrio pada rahim. Bila dah masuk ke trimester kedua baru pulih seperti sediakala. Sebab itu semakin kuat mabuk seseorang maka semakin kuat rahimnya. Tetapi perlu diingatkan jika korang mabuk teruk digalakkan minum air putih banyak-banyak supaya dapat mengurangkan tahap kepekatan hormon kehamilan. Bila hormon kehamilan semakin pekat, mabuk morning sickness semakin teruk. Lagi merbahaya. Sebab tu ada ibu mengandung terpaksa dimasukkan ke dalam hospital untuk di masukkan air ke dalam badan.

Pemeriksaan ultrasound awal penting kerana doktor boleh kesan dimana kedudukan embrio yang sebenar bagi mengelakkan mengandung luar rahim dan supaya dapat membuat rawatan awal.