PENGALAMAN AKU BUAT BUKU MERAH IBU MENGANDUNG DI HOSPITAL KERAJAAN

Rata-rata ibu mengandung anak pertama akan pergi ke Klinik Kerajaan atau Klinik Desa untuk membuka Buku Merah/ Pink ibu mengandung termasuklah diri Ain sekali. Pengalaman pertama yang mengujakan! Hehehe..

Ain dulu tidak tahu dimana Klinik Desa di kawasan Ain ni sampai pergi ke Hospital Sungai Buloh tanya mana Klinik Desa yang paling dekat dengan kawasan rumah. Selalunya untuk Pemeriksaan atenatal , ibu perlu pergi ke Klinik Desa yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal.

Klinik kesihatan Ibu dan anak

Jadi kami suami isteri menjadi Lone Ranger di dalam hujan mencari Klinik Desa. Nasib baik kebetulan ada kakak ipar kawan tahu dimana Klinik Desa tersebut. Fuh!

Maka dengan penuh bersemangatnya diriku pergi ke Klinik Desa untuk membuka buku merah seperti hari yang di tetapkan. Nak buka buku merah ini ada hari-harinya ye… bukan hari-hari. Sebelum pergi menyerah diri baik telefon dulu. Sebaik sahaja sampai di sana, Ain diminta oleh nurse supaya mengisi sendiri butiran peribadi di hadapan buku merah sambil menunggu nombor giliran.

Oh ya! Masa yang paling sesuai buat buku merah ialah usia kandungan 10 minggu keatas.

Antara dokumen yang korang kena bawa siap-siap ialah:

  • Salinan Kad Pengenalan suami isteri (kecuali ibu tunggal tidak perlu membawa salinan kad pengenalan suami)
  • Sijil Nikah
  • Bil Elektrik rumah
  • Surat rujukan doktor (jika ada)

Sementara nak tunggu nama di panggil nama oleh doktor, kami ibu-ibu mengandung yang dah separa comel (akibat menunggu lama) ni di minta mengambil sampel air kencing. Beratur ye..

Klinik Desa disini memang sesak jadi terpaksa redha beratur panjang. Bila dah dapat sampel air kencing itu, mak-mak kena tunjukkan kepada nurse dan nurse akan meletak kit ujian pengesahan kehamilan dan kit ujian buah pinggang untuk mengesan samada ada kencing kotor atau tidak. Oh ya! Nanti bekas tadahan air kencing tu kena basuh sendiri ye untuk kegunaan ibu-ibu lain.

Bila dah settle ujian air kencing tu, saya diminta untuk timbang berat badan, ambil tekanan darah dan di temuramah samada ahli keluarga ada sakit-sakit tertentu seperti kencing manis, darah tinggi atau apa-apa sahaja supaya mereka boleh tampal pelekat berwarna di bahagian atas buku merah sebelah kanan. Jadi saya tak lepas sebab keluarga memang ada sejarah kencing manis. Jadi kena lah pelekat warna hijau.

Dah lepas bab tu, saya kena ambil darah untuk mengetahui keadaan Hemoglobin Blood (HB) di dalam badan. Alhamdulillah semuanya ok! Bahaya tau jika HB rendah. Nanti saya terangkan kenapa HB rendah bahaya. Bila masa bertemu dengan doktor, dia cuma beritahu supaya jaga makan sebab saya ada sejarah kencing manis, kalau ada pendarahan cepat-cepat datang hospital dan lain-lain. Masa ini tak scan lagi. Biasanya jika Klinik Kerajaan akan Scan apabila usia kandungan 20 minggu tetapi bukan semua Klinik Kerajaan ada kelengkapan ultrasound. Saya juga di bekalkan 30 biji Obimin yang perlu di makan setiap hari.

Dan bergitu lah bulan-bulan seterusnya. Pemeriksaan di lakukan sebulan sekali. Apabila kandungan masuk ke 37 minggu baru lah di wajibkan membuat pemeriksaan seminggu sekali. Tetapi saya tak sampai 37 minggu pon buat pemeriksaan di Klinik Kerajaan sebab memilih bersalin di hospital swasta secara pembedahan. Nanti saya cerita lah ye… tunggguuuuu…

Walau apa pun… sepanjang saya berususan dengan kakitangan Klinik Kerajaan/ Desa mereka semuanya baik-baik.. tidak marah-marah.. janji bila kita bercakap dengan mereka, bercakaplah dengan senyuman.. Insyallah lembut lah hati derang dari nak marah kita… ūüôā

PETUA ORANG TUA: JANGAN HEBOHKAN BERITA KEHAMILAN PADA AWAL TRIMESTER

Apabila telah di sahkan oleh doktor yang kita mengandung, rasa macam nak beritahu satu kampung dan satu pejabat je. Nak-nak yang dah lama menunggu. Tetapi menurut petua orang tua jangan di hebohkan dulu kehamilan itu sehingga usia kandungan 3- 4 bulan ke atas. Apakah rasionalnya perkara itu?

Ok. Pada pandangan Ain la kan. Secara rasionalnya atok nenek kita tak bagi kita heboh sebab pada usia kandungan 1- 15 minggu keguguran boleh berlaku. Jadi atok nenek ni tidak mahu kita over eksaited sangat dia beri kita petua macam ini. Kalau secara tiba-tiba kandungan gugur, sudah tentu ibu tersebut akan mengalami kemurungan.

Bayangkan korang tengah jalan-jalan tiba-tiba kawan lama tegur ” Eh mana baby kau?’ Walaupun sekadar pertanyaan kecil tetapi ia tetap mengguris hati ibu. Bagi bakal ibu yang berkerja, korang perlu buat kerja-kerja luar dan lasak seelok-eloknya beritahu ketua tentang keadaan kehamilan korang terkini. Sekurang-kurangnya boleh exuse.

Kita rasa pantang larang nenek moyang macam mengarut dan menyusahkan je tetapi sebenarnya ia untuk ia untuk kebaikan kita juga…

TIPS HILANGKAN PENAT KETIKA MENGANDUNG

Setiap wanita yang menunggu kehadiran cahaya mata pasti gembira rasa macam nak melompat-lompat bila lihat pergnancy kit double line macam Ain dulu seronoknya ya Allah! Hehe.. Ain menterjemahkan kegembiraan itu melalui entry Pengalaman Pertama kali di sahkan hamil.. yabedabeduuu!!

kasih sayang ibu

Bagi ibu yang berpengalaman mengandungkan bayi sebelum ini mengalami mabuk yang teruk memang rasa trauma teramat! Kawan-kawan Ain sampai cakap…

Aku tak nak mengandung lagi… serik!!

Tapi nengok setahun selepas itu ada lagi.. hehe.. Ok bagi mengurangkan tahap kegusaran korang terutamanya yang mengandung anak pertama, Ain nak kongsi tips macam mana nak kurangkan mabuk teruk ketika hamil. Eh bukan tentang mabuk aje tau yang lain-lain pun ada..

  • Korang perlu pastikan perut sentiasa berisi dengan makanan walaupun rasa tak boleh telan. Sekurang-kurangnya buatlah Milo panas bersama biskut Cracker. Bila perut kosong lagi senang angin nak masuk.
  • Banyakkan minum air masak – Ada sesetengah wanita tidak boleh telan langsung air masak! Macam Ain¬†dulu.. hehe.. Apa yang Ain¬†buat Ain¬†campurkan sedikit perahan limau nipis untuk hilangkan rasa loya minum air masak. Air¬†kosong yang di masak di atas dapur gas selalunya berbau (hidung orang mengandungkan sensetif), jadi alternatif lain korang boleh guna air RO water yang tiada bau. Bila korang kurang minum air masak hormon HCG (hormon kehamilan) semakin pekat dan akan menyebabkan rasa mabuk dan muntah makin teruk.
  • Payudara sakit teramat! – Ain cadangkan korang memakai Bra menyusu kerana rekaan bra menyusu tidak menekan payudara dan fleksibel. Ia juga boleh dibuka di bahagian depan. Elakkan memakai bra yang mempunyai dawai kerana pada waktu ini payudara anda sedang berkerja keras menghasilkan tisu-tisu baru untuk penyusuan ibu.
  • Kurangkan aktiviti yang memenatkan¬†– Aktiviti lasak memang memenatkan dan mempengaruhi perasaan kita. Kalau boleh elakkan menyertai aktiviti lasak. Bagi mak-mak yang mempunyai anak ramai 2-6 orang sebelum ini, agihkan tugasan mengikut umur mereka. Selalunya adik-adik yang kecil akan mengikut kakak/abang yang besar. Berikan mereka tanggungjawab yang boleh di pikul. Para suami juga di galakkan membantu isteri, bukannya apa isteri korang juga yang sedang mengendong zuriat korang.
  • Elakkan duduk terlalu lama – Bila korang duduk terlalu lama menyebabkan darah terkumpul di satu tempat sahaja. Bila bangun kepala jadi pusing.
  • Elakkan makanan yang pedas, berempah dan berlemak kerana ia meningkatkan rasa mual.
  • Selalu menukar seluar dalam bagi mengelakkan keputihan – Ibu mengandung selalunya kerap kencing. Apabila seluar dalam basah ia akan menyebabkan jangkitan bakteria dan menyebabkan keputihan.
  • Makan makanan yang mengandungi Vitamin B untuk mengurangkan rasa mual seperti avokado, tembikai, lobak oren, ikan, daging telur, brokoli, aprikot, betik dan keledek.

Amacam ok tak?¬†Semoga tips ini membantu korang yang sedang teruk mabuk hamil.. semoga membantu…

TANDA-TANDA KEHAMILAN YANG MESTI KORANG TAHU BILA LEWAT DATANG BULAN

Bila lewat datang haid mesti suspen je. Mana tau ada ‘orang baru’ dalam perut. Hehehe.. Ok di sini Ain nak perincikan tanda-tanda kehamilan yang korang akan rasa dan perasan sebelum buat ujian kehamilan lagi. Sebelum ini Ain ada buat entry tentang pengalaman Ain sebelum perasan di sahkan mengandung. Nak baca boleh klik terus entry Tanda kehamilan yang aku alami sebelum di sahkan hamil.

Penempelan embrio

Antara tanda-tanda kehamilan yang biasa di alami ialah:

  • Loya dan muntah-muntah – Keadaan ini berlaku kerana perubahan hormon Progestron, Estrogen dan HCG (hormon kehamilan) di dalam tubuh ibu mengandung. Hormon kehamilan di hasilkan oleh plasenta seminggu selepas persenyawaan berlaku¬†untuk¬†memberi sokongan kepada servik supaya embrio¬†lebih bersedia menempel di dinding rahim. Biasanya hormon ini akan stabil sekitar 10 minggu- 12 minggu kehamilan.
  • Perut terasa kejang atau cramp – Ini kerana embrio semakin membesar di dinding rahim ibu dan memerlukan tempat untuk membesar. Pada waktu ini korang patut elakkan makanan yang mengecutkan rahim seperti kacip fatimah kerana ia akan membantutkan tumbesaran embrio.
  • Sedikit pendarahan – ¬†Sedikit pendarahan ketika mengandung adalah perkara normal kerana embrio sedang menempel di dinding rahim.
  • Payudara sakit dan warna aerola lebih gelap – Ia berlaku kerana perubahan hormon dan disebabkan oleh peningkatan aliran darah serta berlaku¬†perubahan tisu payudara. Keadaan ini akan menyebabkan payudara membengkak dan sakit apabila di sentuh. Ia selalunya berlanjutan sehingga 4-5 minggu kehamilan
  • Tubuh terasa lemah dan tidak bermaya – Badan sedang menyesuaikan perubahan hormon yang berlaku.
  • Lewat datang haid – Lewat haid merupakan salah satu tanda kehamilan yang paling biasa di alami oleh wanita kerana hormon HCG telah meningkat dan hormon Progestron telah menurun.
  • Selera makan bertambah – Orang yang kerap penat selalunya akan makan banyak lebih dari biasa.
  • Emosi tidak stabil – Kuat merajuk, cepat marah dan ceria secara tiba-tiba di sebabkan oleh perubahan hormon.
  • Kerap kencing – Ini kerana tubuh menghasilkan lebih air kencing dari biasa ¬†ketika mengandungdan kandungan menekan sedikit pundi kencing.

Haaa… itu lah tanda-tanda kehamilan yang korang WAJIB tahu dan alert. Di sini¬†saya kongsikan bagaimana hendak mengurangkan simptom-simptom kehamilan dan menghilangkan penat ketika mengandung.¬†Ye lah ada sesetengah orang muntah-muntah sampai lembik, ada yang asyik gaduh suami isteri, ada yang langsung tak boleh buat apa kerja.. asyik melepet aje…

WAKTU YANG SESUAI UNTUK MEMBUAT UJIAN KEHAMILAN

Assalamualaikum w.bt. Ain pasti sangat bila orang perempuan lambat datang haid mesti ada sedikit perasaan berdebar, takut dan teruja. Orang yang menantikan kedatangan zuriat mesti tidak sabar nak ambil pregnancy kit test untuk buat ujian kehamilan berbanding dengan orang yang sudah mempunyai anak atau bayi masih kecil lagi atau sedang merancang kehamilan. Memang menggerunkan!

ujian kehamilan kabur

Seandainya rezeki kita awal, kita perlu redha dengan ketentuan Allah. Cepat atau lambat bukan urusan kita. Ok berbalik kepada waktu yang paling sesuai untuk membuat ujian kehamilan tu bila? Kelaziman yang biasanya doktor cadangkan ialah 2 minggu selepas haid lewat dan dilakukan pada awal pagi sebaik sahaja bangun daripada tidur.

Ini kerana pada waktu pagi hormon HCG iaitu hormon kehamilan sangat tinggi. Namun bergitu terdapat sesetengah kes kehamilan dapat di kesan seminggu sebelum kedatangan haid. Ada 2 orang kawan saya dapat mengesan kehamilan sebelum haid kerana terdapat tanda-tanda kehamilan yang jelas seperti perut kejang dan loya. Keadaan ini berlaku kerana paras hormon HCG telah tinggi.

Namun tidak kurang juga ada wanita yang membuat ujian kehamilan tetapi kabur dan hampir 4 bulan baru nampak double line yang jelas pada pregnancy kit test. Bila keadaan macam ini apa yang kita perlu lakukan? Korang boleh buat ujian ultrasound atau ujian transvaginal di klinik untuk mengetahui status kehamilan terkini.

TANDA KEHAMILAN YANG AKU ALAMI SEBELUM DI SAHKAN HAMIL

Sebelum Ain dapat tahu yang Ain sedang mengandung, terdapat tanda-tanda kehamilan yang Ain tidak perasan. Bila duduk seorang diri tu yang teringat. Ain dulu masa zaman masih berdua dengan suami kami memang suka sangat pergi ke kebun. Kononnya nak bersenam di kebun. Bab makan memang pantang… pantang nampak.. hehe..

makanan yang tidak boleh di ambil oleh wanita hamil

Ain teringat masa tu suami mengidam sangat nak minum air aiskrim soda bergas. Jadi dia pon beli sambil pelawa Ain. Bini dia ni duduk di sebelah sambil terkebil-kebil macam kucing minta ikan takkan dia tak bagi kannnn.. Ain minum lah dengan bahagianya tapi tak banyak sangat sebab tak tahan dengan gas.

Lepas je ain minum aiskrim soda bergas tu terus perut rasa cramp atau kejang teramat. Tapi buat selamba je lah sebab masa tu dah nak period. So dengan tanpa memikirkan apa-apa Ain pon menjalani kehidupan seperti biasa. Satu hari tu nengok perut macam dah naik sikit jadi dengan bahagianya Ain pon pakai korset Premium Beautiful untuk hilangkan perut buncit.

Korset tu sebenar pakai masa anak dara nak kahwin masa tu.. Hehe.. Nasib baik tak jadi apa-apa. Apa yang Ain perasan tiap kali Ain mengandung mesti suami yang mengidam dulu. Masa anak yang pertama dia mengidam nak minum ais krim soda. Masa anak yang kedua pula dia mengidam nak makan putu mayam mamak. Jadi tiap kali suami mengidam kitaorang suspen je.. hehe

Kalau diri Ain pula, Ain beria-ria nak makan lepat pisang buat sendiri. Tak nak beli. Gigih! Walhal itulah pertama kali Ain buat lepat pisang seumur hidup. Nasib baik lepat menjadi tapi telefon sentiasa ada kat tepi la sebab nak hubungi emak..

Dari segi perasaan cepat marah dan sensetif tu memang ada. Yelah orang nak datang period memang la cepat marah. Ada je suami buat salah mesti kena marah tapi Ain cepat-cepat beristighfar sebab tahu bila kita marah lagi syaitan suka.

Bila teringat cerita-cerita lama ni menyebabkan Ain rindu sangat nak anak yang ketiga. Mengandung dan melahirkan adalah memori yang paling indah bagi setiap wanita!

PENGALAMAN PERTAMA BILA DI SAHKAN HAMIL… YABEDABUDUUU!!!!

Assalamualaikum w.bt. Pada malam yang syahdu ini secara tiba-tiba Ain teringat bila pertama kali melihat pregnancy kit double line dan di sahkan mengandung. Bagai berada di awang-awangan. Sebenarnya Ain dan suami dah menunggu hampir 2 tahun setengah untuk mendapat zuriat. Ain di sahkan oleh doktor rahim terbalik jadi peluang untuk hamil tu sedikit. Tapi bila Allah kata dah rezeki tak kemana pun. Alhamdulillah.

Pertama kali mengandung

 

Ok berbalik pada pengalaman pertama Ain di sahkan mengandung, masa tu saja-saja je test sebab dah lewat 4 hari. Kot-kot ada kejutan di pagi hari. Tidak mengharapkan apa-apa pun sebab dah banyak kali kecewa. Perasaan dah kebal. Lepas sejam buat ujian kehamilan nak pergi mandi. Sebenarnya dah lupa pun pasal pregnancy kit tu. Sekali nengok Double line! Fuh, rasa macam mengigau pun ada jugak.

Terus kejutkan suami masa tu tengah mamai bangun tidur. Menitis air mata kami. Ye lah¬†tak tersangka seawal begini. Ada yang smpai 5-10 tahun tunggu nak dapat anak. Pagi tu terus pergi jumpa doktor dan doktor sahkan usia kand ung baru 5 minggu. Alhamdulillah…

Ain nak pesan kalau korang rasa sangat tertekan dengan karenah orang ramai yang asyik tanya ” Bila nak ada anak?” Just ignore je. Senyum sambil cakap “Insyallah tahun depan saya mengandung.. doakan saya”. Setiap kali orang tanya saya, skeme jawapan seperti di atas akan di berikan. Tidak perlu marah-marah atau stress bila orang tanya. Bila kita stress lagi susah nak lekat. Hormon Progesteron dan estrogen tak stabil.

Jadi bila orang tanya je sila jawab sambil tersenyum! Ucapankan doa….